Thursday, March 3, 2011

Kenapa nak susah-susah??

hujung bulan lepas, semua kecoh pasal nak check saman n nak bayar saman. PDRM dah bagi 50% diskaun utk saman sampai 28 Feb hari tu..tapi, dah jadi tabiat rakyat Malaysia kot. semua nak buat sampai very last minutes! sampaikan, PDRM ngn Pos Malaysia kena bukak kaunter semak n bayar saman hari Ahad, n sampai midnight pada hari Isnin!


aku pun ade saman gak.. dah bayar pun..tak banyak, RM40 lepas diskaun..kenapa lah semua orang susah2 nak pegi beratur panjang-panjang.. kan boleh settle semua saman-saman tuh kat www.myeg.com.my..main klik2 jer...kalau takde online banking account, why not check jer kat situ...nie tak, dah la kena beratur panjang-panjang. lepas tu, semua nak check dulu berapa banyak saman then baru nak bayar. kan senang kalau dah check siap2.takde la lama sangat kat kaunter tuh.terus bayar jer...


staff kat office nie pun duk sibuk cerita pasal nak bayar saman nie. ade yang cakap, tak confident dengan myeg. takut diorang tak masukkan dalam sistem bila dah bayar online.. ape susah, print out jer lah resit jadi bukti yang korang dah bayar! nie la masalahnye, bila teknologi terlalu canggih, ade pulak yang takut-takut nak guna..

tak kisah lah korang nak guna cara manual or online, tapi elak lah buat last minute. bila dah tak sempat, sibuk lah mintak PDRM lanjutkan tempoh bayar saman sebab takut nama blacklist. kalau dah tau bila bayar lambat akan kena blacklist, buat lah cepat-cepat. suka sangat last-last minute nih.

sama jugak la bila sampai musim isi borang income tax! dah hujung2 dateline baru la semua sibuk nak isi. one of services yang Abah provide ialah isi borang income tax. dah dekat dateline, Abah pun sibuk la siapkan borang2 LHDN tuh. lagi-lagi sekarang nie semua self-assesment.orang-orang kampung mana lah reti nak isi borang2 nie...that's why Abah provide this service. tapi, bila semua nak buat last minute, susah lah...

kalau semua buat awal, mungkin tak ada masalah. please lah, buang la tabiat "last minute" tuh!

No comments:

Post a Comment