Thursday, January 22, 2009

||saHabat||


hurmm...tetibe dpt idea lak nk write on s'thing.. It's about friendship. Just nk share idea on how to keep our good friendship walaupun dh lain tempat keje or tempat blaja.. Here, a few useful tips......

1.u guys need to plan some activity 2gether. Try to gather at least once a month. Kalau dpt buat once a week lg bagus. Just for hang out n borak2 psl hal masing2.. Go for a movie ker, shopping ker, or just makan-makan kat mamak.
2. Selalu la keep in touch ngn kawan2 yg jauh tu.. Tny khabar through sms or mms.Tak pun through social network (friendster, myspace, hi-5, facebook) or chat room(YM, MSN messenger, google talk).
3. Yang paling penting skali, kene la selalu ingat hari2 yg penting n special utk kwn2 u all tu. Contohnye, birthday or anniversary. Go out n celebrate it 2gether or just fly a wish to them..Dgn cara nie, kwn2 akan rasa dihargai n diingati walaupun terpisah jauh.
^^lebih kerap u all berhubung dgn kwn2 yg jauh, lebih baik..It will make sure the goog friendship will go for a very long time..

Wednesday, January 21, 2009

- Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -

"Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin."

kullu nafsin za iqatul maut
- Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari nie hari yg agak suram untuk aku dan keluarga. Malam tadi aku dapat khabar pakcik aku (suami kpd adik mak aku) meninggal dunia. Pagi2 tadi aku rushing balik Tg. Karang sbb kul 10.30 ade kelas yg kne attend. Nasib baik sempat tengok jenazah pakcik aku. Tapi xdpt nk hntr smp kubur la.. Kebumi dalam kul 9.30. Aku kne rush blk Unisel. Actually, dah agak lame takde kematian dlm keluarga terdekat aku.. Last sekali tahun 1999. Time tu mmg sedih la sbb makcik ngn nenek tiri(adik n mak tiri abah) meninggal selang seminggu. Time tu takde la mcm terasa sgt psl kematian nie.. Aku br form 2 ms tu.. Sekarang, aku tengok kematian nie dgn sudut pandangan yang lain.. Teringat satu hadis nabi yg kata, setiap kematian yg berlaku depan mata kita adalah satu amaran dan peringatan dari Allah kpd semua hambaNya. Macam pg tadi, aku rs ape yg aku nmpk kat majlis pengkebumian pg td btl2 buat aku muhasabah diri sendiri, menilai balik kehidupan aku yg lepas n cuba perbaiki kesilapan sekaligus tak ulangi ape jer kesilapan yg pernah aku buat.. Masa aku tengok 'perjalanan terakhir' pakcik aku td, aku sedar banyak lagi g aku kene baiki dlm hidup nie sblm aku sndri yg melalui 'perjalanan terakhir' kat muka bumi nie..
WALLAHUA'LAM...

Wednesday, January 14, 2009

::2009::

Dah 2 minggu 2008 pergi meninggalkan banyak peristiwa dalam hidup aku untuk di ingat sebagai kenangan yang abadi...Dah 2 minggu gak la 2009 datang mengharapkan catatan peristiwa yang lebih baik dari 2008.. Persoalannya, mampu ke kita rencanakan hidup nie sebaik atau mungkin atau lebih baik dari sebelumnya??Kat sinilah usaha kita jadi kayu ukurnya..Sekuat mana usaha kita untuk jadi lebih baik akan diterjemahkan oleh sebaik mana kehidupan kita berubah dari masa yang sebelumnya...