Monday, July 9, 2012

9 Julai

Happy birthday to me.....
Happy birthday to me.....
Happy birthday to Suraya...
Happy birthday to me.....



comel tak aku masa kecik2?? hehe...ok lah, sempena birthday aku hari ni, mari sama-sama baca 5 fakta tentang saya!

  1. Tahukah anda saya dilahirkan sebagai anak bongsu daripada 4 adik beradik. Saya ada 2 orang abang dan seorang kakak.
  2. Tahukah anda bahawa perbezaan umur antara saya dan abang sulung ialah 22 tahun, abang ke2 ialah 21 tahun dan kakak saya ialah 17 tahun...!! Jadi, saya dibesarkan penuh dgn limpahan kasih sayang! hehe~
  3. Tahukah anda pada asal nya, mama bercadang utk menamakan saya "Fairuz Shahida" supaya nama saya lebih kurang sama dengan kakak, "Fairuz Suzana". Tetapi, seorang ustaz yg merupakan kenalan abah mencadangkan supaya saya dinamakan sebagai "Nazmatusuraya".
  4. Tahukah anda sejak dilahirkan lagi, saya tak pernah kenal apa itu kurus! tengok je lah pada gambar diatas, sejak azali lagi saya memang "comel"  :p
  5. Tahukah anda nama timangan saya dirumah ialah "Yaya". Sama jugak masa sekolah rendah, menengah dan masa kat kolej (diploma). Tetapi, bila masuk Unisel (degree), kawan2 mula panggil "Sue" sampai lah kat tempat kerja sekarang...

No comments:

Post a Comment