Friday, April 19, 2013

Belasungkawa : 100 hari tanpa Abah (Part 2)


Lepas operate haritu, Abah dah sihat macam biasa. Almost 2 months, Abah langsung tak sakit dah. Kesan operate haritu pun tinggal parut jer. Abah dah boleh kerja macam biasa.Tapi, kitorang tak benarkan Abah drive jauh2 dah. Pegi KL pun takboleh. Everytime sampai masa utk Abah pegi follow up kat HSB, mesti ade org hantar. Every weekend pun, aku dgn Kak Nik mesti gilir2 balik kg.


14/12/2012 - Jumaat.
Awal minggu tu bos bagitau aku ade 1 hari lagi AL yg aku belum plot. Aku dapat extra AL sebab zero MC on 2011. Aku pun amik la cuti Jumaat tu. Balik kg without telling my parents. Ala-ala nak buat surprise la konon. Aku sampai rumah dalam pukul 5.30pm mcm tu. Sampai je rumah, nampak Mama dengan Abah duduk kat luar borak2 sambil baca paper. Diorang terkejut tengok aku balik petang tu...

Mama bagitau kaki Abah bengkak. Mama mintak aku pujuk Abah pegi hospital. Bila aku tengok, kaki Abah memang bengkak, on both side. Besar sangat! Mama cakap lagi, kalau malam Abah susah nak tidur sebab sesak nafas. Dia takboleh tidur baring. Kena tidur dekat kerusi malas die. Kalau baring, susah nak nafas. Puas pujuk Abah, Abah still insisted, taknak pegi hospital. Abah dah amik ubat kat klinik, katanya. Abg Zul pun ade called, mintak aku pujuk Abah pegi hospital cz he suspected ade something wrong dengan Abah punya buah pinggang, buat kaki Abah bengkak.

15/12/2012 - Sabtu.
Rumah makcik aku kenduri haritu. So, Mama pegi la rewang. Kak Zah pun ade singgah rumah, pujuk Abah pegi hospital. Abah still taknak jugak. Tengahari, Abg Amir balik, pujuk Abah pun die xnak gi hospital gak. The whole day aku duduk rumah dengan Abah. petang tu, lepas Asar Abah keluar pegi pekan. Bila dia balik aku tanya pegi mana, dia cakap pegi klinik amik ubat. Masa tu, aku perasan nafas Abah macam da makin sesak. Tanya dia nak pegi hospital tak, dia cakap tak payah.

Sebelum Maghrib tu Mama pujuk Abah lagi. Still taknak pegi hospital. Sementara tunggu Isyak, tiba-tiba Abah cakap, "Kata nak pegi hospital, pukul berapa nak pegi?". Dengar je Abah cakap macam tu, Mama pun cakap "Lepas Isyak kita pegi". Malam tu, aku terus hantar Abah pegi HSB. Kak Nik tunggu kat sana. Masa tu Abg Zul ade camping kat Cameron. Abah terus masuk wad kecemasan. 

16/12/2012 - Ahad
Tengahari aku sampai HSB. tengok keadaan Abah makin teruk. Abah takboleh bercakap. Bernafas pun tercungap2. Doktor cakap, paru-paru berair, sebab tu Abah mengah. And ade minor heart attack. Dalam pukul 5.30pm, Abah transferred to ICU. 3 hari jugak Abah kat ICU. Masa tu doktor tak tau lagi the main problem either paru-paru or jantung. Rabu petang, keadan Abah makin kritikal tapi hari Khamis tu dah makin stabil. Then, Abah transferred to CCU.



22/12/2012 - Sabtu.
Abah masih kat CCU lagi. Tengahari tu aku dtg tengok Abah. Dia dah ok sikit tapi, still takleh jalan. Aku stay kat hospital tengahari tu sementara nak tunggu waktu melawat belah petang. Lepas Asar, aku naik la nak tengok Abah lagi. Tiba-tiba, Kak Nik cakap, Abah dah oleh discharged. Pelik! Dari CCU, dengan Abah takboleh jalan lagi, doktor dah bagi balik! Bukan ker kena masuk wad biasa dulu 2-3 hari uth doktor pantau? Yela, aku bukannye doktor nak questioned semua tu. Bila doktor kasi balik, balik jer la. 

Kak Nik dgn Abg Zul dah discussed utk hantar Abah buat fisio and follow up kat KPJ Damansara Specialist Hospital (DSH). Since 25/12 tu cuti krismas, diorang decided nak bawak Abah pegi DSH on 26/12.




to be continue...............

No comments:

Post a Comment