Monday, March 26, 2012

tudung oh tudung

Masa tengah sibuk pakai tudung depan cermin masa nak pegi kerja Jumaat lepas, otak ligat berfikir pasal entry "tudung oh tudung" neh... kira macam da sketch dalam pale otak lah... Ye lah, sekarang kan macam-macam fesyen tudung yang keluar..kalau tengok kat youtube, berlambak lah orang buat tutorial pasal fesyen tudung neh..
sebelum aku teruskan entry neh, ape kate korang tengok video kat bawah neh... tengok sampai habis tau...


hah... before, banyak lah tersebar kat facebook yang mengutuk fesyen tudung sekarang nie menyerupai sister gereja lah, macam kristian lah, ade pulak yang kata tu semua agenda freemason yg cuba memesongkan akidah lah... kita nie pulak, konon2 nak tunjuk baik, pegi lah share semua cerita2 tuh tanpa cari tahu kesahihan nya...

sebenarnya, tak salah berfesyen dengan tudung.. tapi, sebelum nak belit2 tudung tu atas kepala, fikir dulu "Apa tujuan tudung tu sebenarnya?"... kita nie pakai tudung sebab nak melambangkan yang kita nie true muslim? sebab nak tutup kepala, sebab nak tutup rambut? Atau sebab nak tutup aurat dan menutup aurat adalah tuntutan agama? fikir balik ye...

kalau kita faham signifikasi sebenar kenapa kita bertudung, automatik kita akan tau macam mana nak fesyen kan tudung tu tanpa mengundang fitnah atau kututkan kemudian hari... bila pakai tudung sebab nak tutup rambut n kepala, ni lah jadi nya....



tak boleh nak salahkan masyarakat kalau keluar statement "Ala, nama jer pakai tudung, tapi, bukan baik sangat..." somehow, aku kena setuju.. orang yang betudung tak mecerminkan peribadi yang baik. Tapi, orang yang menutup aurat tu, InshaAllah, peribadinya jugak akan terpelihara sebagaimana auratnya!

Kepada kawan-kawan yang "free hair" tu, kalau ada niat nak bertudung, lupakan jer! pasangkan niat NAK TUTUP AURAT. itu lebih baik. Wassalam..

No comments:

Post a Comment