Showing posts with label heart. Show all posts
Showing posts with label heart. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Belasungkawa : 100 hari tanpa Abah (Part 2)


Lepas operate haritu, Abah dah sihat macam biasa. Almost 2 months, Abah langsung tak sakit dah. Kesan operate haritu pun tinggal parut jer. Abah dah boleh kerja macam biasa.Tapi, kitorang tak benarkan Abah drive jauh2 dah. Pegi KL pun takboleh. Everytime sampai masa utk Abah pegi follow up kat HSB, mesti ade org hantar. Every weekend pun, aku dgn Kak Nik mesti gilir2 balik kg.


14/12/2012 - Jumaat.
Awal minggu tu bos bagitau aku ade 1 hari lagi AL yg aku belum plot. Aku dapat extra AL sebab zero MC on 2011. Aku pun amik la cuti Jumaat tu. Balik kg without telling my parents. Ala-ala nak buat surprise la konon. Aku sampai rumah dalam pukul 5.30pm mcm tu. Sampai je rumah, nampak Mama dengan Abah duduk kat luar borak2 sambil baca paper. Diorang terkejut tengok aku balik petang tu...

Mama bagitau kaki Abah bengkak. Mama mintak aku pujuk Abah pegi hospital. Bila aku tengok, kaki Abah memang bengkak, on both side. Besar sangat! Mama cakap lagi, kalau malam Abah susah nak tidur sebab sesak nafas. Dia takboleh tidur baring. Kena tidur dekat kerusi malas die. Kalau baring, susah nak nafas. Puas pujuk Abah, Abah still insisted, taknak pegi hospital. Abah dah amik ubat kat klinik, katanya. Abg Zul pun ade called, mintak aku pujuk Abah pegi hospital cz he suspected ade something wrong dengan Abah punya buah pinggang, buat kaki Abah bengkak.

15/12/2012 - Sabtu.
Rumah makcik aku kenduri haritu. So, Mama pegi la rewang. Kak Zah pun ade singgah rumah, pujuk Abah pegi hospital. Abah still taknak jugak. Tengahari, Abg Amir balik, pujuk Abah pun die xnak gi hospital gak. The whole day aku duduk rumah dengan Abah. petang tu, lepas Asar Abah keluar pegi pekan. Bila dia balik aku tanya pegi mana, dia cakap pegi klinik amik ubat. Masa tu, aku perasan nafas Abah macam da makin sesak. Tanya dia nak pegi hospital tak, dia cakap tak payah.

Sebelum Maghrib tu Mama pujuk Abah lagi. Still taknak pegi hospital. Sementara tunggu Isyak, tiba-tiba Abah cakap, "Kata nak pegi hospital, pukul berapa nak pegi?". Dengar je Abah cakap macam tu, Mama pun cakap "Lepas Isyak kita pegi". Malam tu, aku terus hantar Abah pegi HSB. Kak Nik tunggu kat sana. Masa tu Abg Zul ade camping kat Cameron. Abah terus masuk wad kecemasan. 

16/12/2012 - Ahad
Tengahari aku sampai HSB. tengok keadaan Abah makin teruk. Abah takboleh bercakap. Bernafas pun tercungap2. Doktor cakap, paru-paru berair, sebab tu Abah mengah. And ade minor heart attack. Dalam pukul 5.30pm, Abah transferred to ICU. 3 hari jugak Abah kat ICU. Masa tu doktor tak tau lagi the main problem either paru-paru or jantung. Rabu petang, keadan Abah makin kritikal tapi hari Khamis tu dah makin stabil. Then, Abah transferred to CCU.



22/12/2012 - Sabtu.
Abah masih kat CCU lagi. Tengahari tu aku dtg tengok Abah. Dia dah ok sikit tapi, still takleh jalan. Aku stay kat hospital tengahari tu sementara nak tunggu waktu melawat belah petang. Lepas Asar, aku naik la nak tengok Abah lagi. Tiba-tiba, Kak Nik cakap, Abah dah oleh discharged. Pelik! Dari CCU, dengan Abah takboleh jalan lagi, doktor dah bagi balik! Bukan ker kena masuk wad biasa dulu 2-3 hari uth doktor pantau? Yela, aku bukannye doktor nak questioned semua tu. Bila doktor kasi balik, balik jer la. 

Kak Nik dgn Abg Zul dah discussed utk hantar Abah buat fisio and follow up kat KPJ Damansara Specialist Hospital (DSH). Since 25/12 tu cuti krismas, diorang decided nak bawak Abah pegi DSH on 26/12.




to be continue...............

Belasungkawa: 100 hari tanpa Abah (Part 1)

It has been a while since my last entry, kan.. Well, banyak sangat yang dah berlaku. Its a tough start for our family for 2013. We lost our beloved Abah on 9th January 2013. Cerita tu, aku akan detailed kan lagi in this and my next entry.

Before, aku ade cerita pasal Abah (even it has been 100 days, aku tak reti sebut "Arwah Abah") admitted kat Hosp. Sg. Buloh (HSB) dalam satu entry (klik sini) ni. Well, ade kisah lain dalam 2 bulan lepas kejadian tu. 

It was happen masa Raya Haji - couldn't remembered the date, and malas nak search jugak!. Raya Haji last year falls on hari Jumaat kan. Masa tu Abah sihat lagi. Abg Amir and family memang nak buat korban. Since Raya Haji hari Jumaat and banyak tempat kat kampung ni buat korban, he decided to perform his qurban on Saturday. Pakat punya pakat ngn org kampung yg nak buat jugak on the same day, we decided nak amik turn lepas Zohor. Itu plan asalnye.

Tapi, malam sebelum tu (Jumaat malam Sabtu) Abah dah rasa macam tak sihat. Around 1am, aku perasan Abah terjaga dari tidur and rushed to toilet. Thought, takde ape2 yang serius since Abah memang selalu bagun tengah2 malam pegi toilet. Dalam pukul 6am, Mama kejutkan semua org suruh bangun cepat2, solat and terus siap2 nak buat korban pagi2 tu gak. Mama told me, Abah bleeding lagi malam tadi, Kak Nik nak hantar Abah ke HSB pagi tu and we knew that Abah will be admitted. Thats why kita kena settlekan korban tu pagi2 tu jugak.

Ingatkan Abah akan stay kat HSB utk 3-4 hari macam yg sebelum ni. Tapi kali ni lagi lama. Hari Sabtu Abah Masuk wad, hari Ahad baru aku pegi tengok Abah. Mama cakap, tak serius pun. Bleeding pun dah takde. 1-2 hari lagi boleh balik lah. Lega sikit.

Isnin sebelum pegi keje, aku pegi HSB lagi. Tengok Abah dah kena pakai pampers. Mama cakap malam tadi Abah bleeding banyak sangat. Taksempat pegi bilik air, darah dah keluar menjejeh2 kat lantai wad. Nurse pun terkejut. Terus panggil doktor yg on-call malam tu. Kali ni, baru doktor panik tengok darah keluar banyak sangat macam tu. Sebelum2 ni, doktor takpernh nampak sendiri mcm mana banyak nye darah yg keluar. Kali ni, depan mata doktor sendiri. Baru doktor panik. Mama inform doktor nak operate and buang usus yg menyebabkan pendarahan tu. So, doktor nak jumpa semua anak2 Abah esok nya (Selasa) sebelum operation.

Doktor dah scheduled operation Abah hari Selasa tu jugak tapi, operation theater xde yg available. Hospital kena utamakan utk kes2 yg kritikal dulu. At last, Abah dpt slot utk operate hari Khamis, tu pun belah petang. Dari lepas Asar klu xsalah, dlm 10pm, Abah dah selamat dibedah. I wasn't there. Cuti dah tak banyak dah masa tu..huhu... Seminggu lepas operate, Abah discharged. Dalam seminggu lepas discharged, Abah dah boleh kerja macam biasa.. Kitorang adik beradik pun dah ingat Abah will be fine after this... Never thought that the operation will have a "big" side-effect on Abah's health............



to be continued on 2nd part.............

Friday, June 22, 2012

Tahukah anda.....


  1. Tahukah anda bahawa bekerja lebih masa menunjukkan anda adalah tidak produktif. Kajian mendapati, waktu bekerja selama 9 jam sehari harus digunakan untuk meyiapkan semua kerja anda. Tiada istilah "overtime" itu bagus. Overtime equals to bad time management! 
  2. Tahukah anda bahawa 4 daripada 5 pekerja di Malaysia hanya berkelulusan SPM. Kajian saya sendiri mendapati bahawa 1 bahagian lagi adalah orang yang berkelulusan lebih dari SPM tapi malas! Manakala orang yang berkelulusan lebih tinggi dari SPM adalah bos, sebab tu yang berkelulusan SPM itu adalah pekerja..hewhewhew (style Hanis Zalikha gelak)
  3. Tahukah anda bahawa warna pakaian kita sewaktu pergi kerja akan mempengaruhi mood kita.. Mengambil contoh warna biru, dikatakan warna yang mampu menjadikan si pemakai lebih tenang. Tetapi, kalau hari-hari pakai warna biru, akan membosankan orang lain yang pandang!
  4. Tahukah anda bahawa saya tidak mempunyai boyfriend tetapi setiap hari saya sentiasa ditemani oleh tiga orang jejaka kacak idaman wanita-wanita seMalaysia. Fenomena ini terjadi kerana workstation saya diletakkan ditengah-tengah mereka. Sekarang, cuba anda bayangkan perasaan saya bila ketiga-tiga mereka bercerita mengenai EURO sewaktu saya sedang fokus melakukan kerja-kerja saya??
  5. Tahukah anda bahawa kesemua fakta diatas hanyalah auta semata-mata kecuali nombor 4? Atau, adakah anda cukup bangang untuk mempercayai kesemua fakta diatas adalah benar?





Tuesday, April 10, 2012

Sekeping H.A.T.I

"Pesan pada DIRI, jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. Pada insan yang tak mengerti.. Kerana, sekali kau memberi, SELAMANYA dia di HATI.. Kerana, SEKALI kau di LUKAI, sampai bila-bila tetap kau ingat.. Pesan pada diri, berhati-hati dalam memberi HATI, ianya hanya untuk dimiliki oleh seorang insan yang tahu menghargai betapa tinggi nilanya sekeping HATI."