Showing posts with label my fRiends. Show all posts
Showing posts with label my fRiends. Show all posts

Friday, May 8, 2015

Digital footprint


Believe it or not, it is happening! So, hati-hati lah ye dengan apa yang kita nak post kat FB, IG, Twitter or apa2 je la social networking yg ada. Back in 2011, masa dlm program BNM GP200 aku dah didedahkan dengan benda ni. I am well aware of this. This is new method for employers to do a background check.

A few ways yg aku boleh share utk separate kan real life korang dengan "online life" korang. Tapi, just remember this 1 thing. THERE WILL BE NO PRIVACY WHEN IT COMES TO SOCIAL MEDIA.

1. asingkan email address utk social media dengan email yg korang guna utk urusan rasmi. 
2. elakkan guna nama penuh korang as displayed name or alternate name kat social media site korang. Ade orang tu, nama FB siap bubuh bin/binti lagi. Senang org nak cari katanya... Betul la tu, tapi jangan marah pulak bila ada pihak yg kau xnk dia jumpa FB kau tetibe add kau..Heh!
3. pegi la explore privacy setting kat social media site korang tu. Kalau boleh, private kan aje sume benda. Again, bila dah nama nya internet, takde makna lah private tu...... There comes the term digital footprint tu! mohon tanya pakcik gugel lah nak tau maksud digital footprint tu ape.... Oh, atleast kau boleh tapis if ada org lain tag kau kat gambar ke, tag kau kat status dorang ke... kau boleh tapis mana yg kau nak approve or decline...

Last skali, cuba baca artikel ni......

Monday, May 4, 2015

Don't give up!

Pernah tgk gambar ni?

Gambar ni bagi effect yg besar utk aku. Aku takut jadi mcm orang kat gambar yg bawah tu. Give up kat saat2 akhir. Kalau dia teruskan gali sikittttt je lagi, kan da boleh dapat diamond tu kan! Aku selalu teringat kat gambar ni bila aku tgh cari barang or cari something kat timeline fb/ig/twitter. Something yg kau dah baca tadi pastu kau nak carik balik. Bila rasa nk give up je especially bila geledah newsfeed fb yg kau dah set "most popular"tu, otak kau cepatttttt je bagi warning,

"kau igt x gambar 2 org laki yg tgh gali tanah carik diamond tu? Igt cemana laki botak kat gambar belah bawah tu, dia give up padahal sikittttt je lg nak dapat diamond tu?? Kau nak jadi camtu?? Baik kau terus je scroll newsfeed kau tu. Mana tau, bila kau stop n nk give up, benda yg kau carik tu kau akan jumpa klu kau scroll sikitttttt je lagi.. kau yg rugi kannn!!"

Nampak tak?? Teruk wehhh aku kena psyco ngn otak sendiri guna gambar nih! Huh! Padahal nak carik jokes bodoh yg kawan kau repost dari 9gags je pun. Tak rugi mana klu xjumpa. Haha.

Bagi diri aku, gambar ni la yg selalu buat aku teruskan apa yg aku tengah buat. Gambar ni jugak yg selalu igt kan aku betapa rugi nya orang yg give up. Tapi, ada masa yg kita kena berhenti mencuba. Sekejap. Amik masa, dan cuba lagi. Cuma, kita je yg tau bila masa yg kita kena terus mencuba, bila masa yg kita kena berhenti kejap sebelum sambung mencuba.

Friday, April 17, 2015

I AM BACK!!


Ada yg rindu tak????

Doakan kerajinan aku terhadap blogging ni kembali pulih seperti dulu-dulu...

Untuk intro ni, cukup lah setakat ni je ok...

Minggu depan kite start buat story panjang2 oke?

Babai.

Thursday, November 7, 2013

Hijrah.

Hijrah (هِجْرَة), maksud perpindahan. Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin.

Maaf. Terlambat pulak nak update pasal "HIJRAH" ni. In before, Salam Maal Hijrah. Semoga kita menjadi Hamba Allah yang lebih baik dari tahun sebelum ni.

Aku juga dah berhijrah. Berhijrah ke tempat baru, pekerjaan baru dan kawan-kawan baru (tanpa melupakan yg lama), Alhamdulillah. Semoga dengan penghijrahan kecil ini mampu menjadikan aku di masa hadapan lebih baik dari aku sebelum ni.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Hijrah tidak akan terputus sampai taubat terputus dan taubat tidak akan terputus sehingga matahari terbit dari barat.” – Hadis riwayat Abu Dawud.



Friday, October 18, 2013

Maid of Honour

Malas nak taip lah.... Aku upload gambar je lah.. Citer dah basi, tapi nk up jugak!

*Blog aku, aku punya suka lah nak up cerita bila & apa??!! Heh~*

Excited nak jadi pengapit
 16/08/2013 - The Solemnization Night




The Cousins


17/08/2013 - The Reception Day


The Dayangs and flower girls








Monday, June 17, 2013

Kembali menulis dan cerita Hi-Tea..

Ok. Tajuk dah tells everything in summary. Yes. I'm baccckkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!! (macam lah ade orang heran. Heh!) mencuba utk kembali menulis. Bersedih lama-lama sangat pun macam tak elok jugak. Lifes must go on... So, saya kembali menulis (its more precise kalau guna perkataan mentaip.)

Takde ape2 yang menarik utk di taip sebenarnya. Hidup aku kan bosan. Hadap jer lah ye cerita yg tak seberapa ni. Hmmmm.... lets start with cerita pasal ofis. Somewhere in April (nampak nau citer basi, sampai date pun dah lupa!) Office Team Fund buat Hi-tea event. It was held at Double Tree by Hilton, The Intermark, KL. Tema majils tu Color Block. Dan.... persidaian gambar2 bakal berlaku dibawah. In before, maafkan ketembaman aku. Ye, aku dah kembali ke bentuk asal. Hah?!



Kami makan dekat Makan Kitchen. The variety of food sangaaaaaattttttttttttt banyak! Sampai tak sempat nak rasa semua... Their satay was awesome! Ah. I've promise myself utk datang lagi makan kat sini. I must say, this place is very recommended!


Yay! Dapat lucky draw.. walaupun dpt set towel jerrrr.... Sebenarnya, semua org pun dapat hadiah... Tapi, yang AEON voucher tu tak semua org dapat. Ade 4 orang jer yg dapat...

 
 


Dan, itulah kisah makan-makan kami. Sekian.

Tuesday, July 10, 2012

Fuschia Pink Dress..

Macam yg dah dijanjikan dalam previous entry, aku nk up sikit cerita pasal dress yg aku pakai masa pegi dinner HDPM Sabtu lepas...


Kaler nie dipanggil "fuschia pink".. dress nie murah jer.. I mean, basic dress die.. eh, jap2...kalau korang nak tau, dress nie comes in 3 different pieces.... basic dress nie, sleveless... so, kena lah pakai inner.. and, nak bagi nampak color contrast sket, aku pakai pulak cardi kaler putih tu...


FYI, semua nie aku beli secara online.. fuscia pink dress tu, boleh beli dekat thepoplook. Selain fuschia pink, ade 3 kaler lain available. Bright blue, mustard and purple.. Embroidery cardigan tu pulak, aku beli dekat Jipaban. ade kaler hitam gak... nie 1st time try beli kat Jipaban... kalau thepoplook tu, memang dah selalu dah beli dari dorg... kalau nak tau, harga cardigan tuh lagi mahal tau dari dress tuh! import dari S'pore lagi! baru lah ku tahu yg Jipaban nie based kat S'pore! nasib baik cardigan nie sempat sampai before dinner tuh..huu~

BTW, aku tak rasa aku akan pakai lagi dress nie lepas nie. kalau aku let go, ade yg nak beli tak? aku akan jual dress ngan cardigan nie skali.. inner pink tuh tak masuk lah! kalau ade yg berminat, boleh la roger2 aku n isi form kat Contact me



Ni lagi 1 dress yg aku nak let go.. baru pakai sekali.. dress warna hitam yg aku pakai masa Kuldeep's Dinner early this year... detailing pada dress tak nampak sangat la dalam gambar kat atas nie..


design yang sama tapi lain warna.. dress nie beli dari Get Gorgeous. tapi, aku tak beli secara online kat diorang.. aku beli dress nie masa pegi karnival Karangkraf...so, anyone yg berminat nk beli either of the above dresses, kindly contact me by filling the form here, okay!


P/S: Fuschia pink dress and white embroidery cardigan tuh free size, black princess pleated dress tuh saiz XL.

Monday, July 9, 2012

Hollywood Walk of Fame



Last Friday Saturday night, company ade buat annual dinner.. This year, celebrate sekali company punye 10th  year anniversary... Meriah uolls! Emcee die Sarimah Ibrahim.. memang terbaiklah! Performers pulak, ade Harith Iskander & Mizz Nina... memang meletops lah! nak tau ape lg yg meletopssss???!!


I jalan pimpin tgn dengan Johnny Depp uolssssss......!! ko hado??!! hahahaha.... berangan jer kannn.....



Tema dinner tu "Hollywood Walk of Fame", sebab tu red carpet die ade star of fame tuh... pesal nampak lengang jer? aku dtg awal sebab jadi committees utk registration counter.. bila dah sampai awal, ape lagi, bergambar jer la... aku tak mekap sangat pun.. mula2, dah plan nk pegi mekap kat kaunter. tapi, bajet yg nan hado neh, aku mekap sendiri jer kat rumah.. I've made a very wise decision after all!! sebab, masa jaga registration tuh, panas nye tak hengat!! yelah, nak handle 2000++ orang kott! berpeluh2 gak la kat situ.. habis  hilang mekap sume b4 event even start! huu~

Tapi, as committee member, aku dapat seat paling strategik skali! depan stage uollss!! tapi, sori ler sesangat..takde gambar dalam ballroom..aku neh bawak kamera jer lebih, tapi tak rajin nak amik gambar.. tapi, kalau ade org lain yg hala kamera, laju jer tadah muka ni kannn....

As I mentioned earlier, special performance by Harith Iskander and Mizz Nina.. Harith memang kelakar tak hengat ok! penat tul gelak dengar lawak die... Mizz Nina plak, sangat rocks lah! awesome!


By looking at the menu itself, korang boleh bayangkan lah kenyang camne... banyak betul dishes die... Cuba bayangkan, sambil makan, korang dihiburkan dengan HDPM's band, lawak tak hengat Harith and awesome performances of Mizz Nina...... best wooooo!!! tambah2 pulak, dengan celoteh emcee die, Sarimah Ibrahim.. Memang terbaik lah!

Hmmm...... nak citer ape lagi eh?? tu jer kott...hah!pasal dress yg aku pakai tuh, nanti aku up dlm entry yg lain eh... Rasa macam nak let-go jer dress tuh..ade yg berminat?



p/s: Today, I am officially 27 y-o!! Happy Birthday to me.... Semoga di percepatkan jodoh...   :D


9 Julai

Happy birthday to me.....
Happy birthday to me.....
Happy birthday to Suraya...
Happy birthday to me.....



comel tak aku masa kecik2?? hehe...ok lah, sempena birthday aku hari ni, mari sama-sama baca 5 fakta tentang saya!

  1. Tahukah anda saya dilahirkan sebagai anak bongsu daripada 4 adik beradik. Saya ada 2 orang abang dan seorang kakak.
  2. Tahukah anda bahawa perbezaan umur antara saya dan abang sulung ialah 22 tahun, abang ke2 ialah 21 tahun dan kakak saya ialah 17 tahun...!! Jadi, saya dibesarkan penuh dgn limpahan kasih sayang! hehe~
  3. Tahukah anda pada asal nya, mama bercadang utk menamakan saya "Fairuz Shahida" supaya nama saya lebih kurang sama dengan kakak, "Fairuz Suzana". Tetapi, seorang ustaz yg merupakan kenalan abah mencadangkan supaya saya dinamakan sebagai "Nazmatusuraya".
  4. Tahukah anda sejak dilahirkan lagi, saya tak pernah kenal apa itu kurus! tengok je lah pada gambar diatas, sejak azali lagi saya memang "comel"  :p
  5. Tahukah anda nama timangan saya dirumah ialah "Yaya". Sama jugak masa sekolah rendah, menengah dan masa kat kolej (diploma). Tetapi, bila masuk Unisel (degree), kawan2 mula panggil "Sue" sampai lah kat tempat kerja sekarang...

Friday, June 22, 2012

Tahukah anda.....


  1. Tahukah anda bahawa bekerja lebih masa menunjukkan anda adalah tidak produktif. Kajian mendapati, waktu bekerja selama 9 jam sehari harus digunakan untuk meyiapkan semua kerja anda. Tiada istilah "overtime" itu bagus. Overtime equals to bad time management! 
  2. Tahukah anda bahawa 4 daripada 5 pekerja di Malaysia hanya berkelulusan SPM. Kajian saya sendiri mendapati bahawa 1 bahagian lagi adalah orang yang berkelulusan lebih dari SPM tapi malas! Manakala orang yang berkelulusan lebih tinggi dari SPM adalah bos, sebab tu yang berkelulusan SPM itu adalah pekerja..hewhewhew (style Hanis Zalikha gelak)
  3. Tahukah anda bahawa warna pakaian kita sewaktu pergi kerja akan mempengaruhi mood kita.. Mengambil contoh warna biru, dikatakan warna yang mampu menjadikan si pemakai lebih tenang. Tetapi, kalau hari-hari pakai warna biru, akan membosankan orang lain yang pandang!
  4. Tahukah anda bahawa saya tidak mempunyai boyfriend tetapi setiap hari saya sentiasa ditemani oleh tiga orang jejaka kacak idaman wanita-wanita seMalaysia. Fenomena ini terjadi kerana workstation saya diletakkan ditengah-tengah mereka. Sekarang, cuba anda bayangkan perasaan saya bila ketiga-tiga mereka bercerita mengenai EURO sewaktu saya sedang fokus melakukan kerja-kerja saya??
  5. Tahukah anda bahawa kesemua fakta diatas hanyalah auta semata-mata kecuali nombor 4? Atau, adakah anda cukup bangang untuk mempercayai kesemua fakta diatas adalah benar?





Saturday, May 26, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah 5

26 May 2011 - LUNCHEON WITH GOVERNOR


Priceless moment ever! Utk kali pertama, dapat bertentang 4 mata dengan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. It was only for a few second, but, priceless! Gambar dgn beliau memang takde. Beliau super duper busy woman.. Rasanya, beliau sempat attended this luncheon utk 1jam jer... Lepas makan-makan, beliau rushing to attended a meeting..

This event was held on Lanai Kijang. Lanai Kijang nie facilities owned by Bank Negara. Kalau ade seminar ker, conferences ker yang melibatkan Central Bank dari luar negara, dorang buat kat sini lah.. Tempat die mmg sangat cantik. Macam resort, tapi, kat tengah2 KL! Masa kat sana, aku tak rasa pun macam aku ada kat KL..rasa macam tengah holiday kat resort jer...best! ok, no more words! layankan gambar2 berikut...Mostly, taken inside the hall where the luncheon takes place..








Tuesday, May 8, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah 4

8 May 2011


Hari selepas career fair....
Aktiviti pagi ahad GP200 terus berjalan macam biasa... Aerobic session! Lepas jer habis aerobic, ade yg cadangkan utk buat group outing memandangkan Mama Shikin dah approved utk kitorg pegi outing.. And we have decided utk pergi main bowling kat The Mines....!!