Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Monday, June 17, 2013

Kembali menulis dan cerita Hi-Tea..

Ok. Tajuk dah tells everything in summary. Yes. I'm baccckkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!! (macam lah ade orang heran. Heh!) mencuba utk kembali menulis. Bersedih lama-lama sangat pun macam tak elok jugak. Lifes must go on... So, saya kembali menulis (its more precise kalau guna perkataan mentaip.)

Takde ape2 yang menarik utk di taip sebenarnya. Hidup aku kan bosan. Hadap jer lah ye cerita yg tak seberapa ni. Hmmmm.... lets start with cerita pasal ofis. Somewhere in April (nampak nau citer basi, sampai date pun dah lupa!) Office Team Fund buat Hi-tea event. It was held at Double Tree by Hilton, The Intermark, KL. Tema majils tu Color Block. Dan.... persidaian gambar2 bakal berlaku dibawah. In before, maafkan ketembaman aku. Ye, aku dah kembali ke bentuk asal. Hah?!



Kami makan dekat Makan Kitchen. The variety of food sangaaaaaattttttttttttt banyak! Sampai tak sempat nak rasa semua... Their satay was awesome! Ah. I've promise myself utk datang lagi makan kat sini. I must say, this place is very recommended!


Yay! Dapat lucky draw.. walaupun dpt set towel jerrrr.... Sebenarnya, semua org pun dapat hadiah... Tapi, yang AEON voucher tu tak semua org dapat. Ade 4 orang jer yg dapat...

 
 


Dan, itulah kisah makan-makan kami. Sekian.

Monday, October 15, 2012

Raya sakan!

Ok... nak masuk raya haji dah.. tapi, cerita pasal raya Aidilfitri haritu tak habis2 lagi.. I swear, this is the last part of it.. To cut it short, kita buat cerita bergambar.. haha..

On 8/9, Kak Nik bwk Abah check up kat Damansara Specialist Hospital since Hosp. Sg Buloh still xleh nak confirm whats the causes of the bleeding haritu.. Lepas checkup, Kak Nik terus bwk Abah ngn Mama dtg KL, stay umah Abg Amir. Malam tu, ade open house kat rumah my uncle, adik Abah, kat Balakong. Every year memag kitorang xpernah missed pegi open house die. Abg Zul 1 keluarga pun dtg n tidur umah Abg Amir gak mlm tu...

The next day, kitorang pun pegi beraya kat rumah uncles and aunties yg lain. Yg mana sempat lah kite pegi. First, kita ke Putrajaya, rumah my aunty, adik Mama.

Depan rumah ade pokok longan.
Ape lagi, budak2 nie pun petik lah yg mana dah masak tu.

Yg pakai tudung pink kanan sekali tu la puan rumah, my aunty.
 Dari Putrajaya, kite pegi plak ke Bdr Baru Salak Tinggi. Rumah adik Mama jugak.. Lunch kat sana.



Lepas Zohor, kita gerak pulak ke Pulau Indah. As you can see kat gambar bawah nie, Abah tak drive sendiri. Kitorang dah tak bagi Abah drive jauh-jauh. Since aku yg drive, Abah ikut jer mana2 pun kita nk bawak die.. Tak tanya pun lepas nie nak pegi mana, bila nak balik...


On the way nak gi Pulau Indah, tiba2 Abg Zul amik exit nk ke Sijangkang, Banting sume tuh. Aku dah pelik dah atpi diam jer lah. Kot2 lah die tau jalan short cut ker.. Rupa2 nya, die nak singgah kat rumah my cousin kat Sijangkang neh... Mama yg nak pegi sangat. Mama naik kereta dgn Abg Zul. So, tiba2 jer tukar plan... Kitorg kat kereta lg 1 nie follow jer...xtau hujung pangkal nak gi mana.. Abah langsung tak tanya.. The best part is, sampai jer rumah my cousin, Abah boleh cakap, "Ni bukan kat Pulau Indah nie"....... hahahahhahaahaha......

Last sekali, pegi Pulau Indah.. Dekat pukul 6 jugak la sampai sana... sebab penat sangat, Abah sampai tertidur.. tu pun die xde bising ajak balik. Kalau die drive kereta sendiri, rasanya dia dah ajak Mama balik dulu dah... Errkkk... xde gambar plak masa beraya kat Pulau Indah nie....

Familiar tak rumah kat gambar neh? Selalu keluar kat drama2 Astro kan. Ni la rumah my cousin. Mama memang dah lama nak dtg tengok rumah nie depan2. Asyik tengok kat TV jer. Padahal rumah sedara sendiri.



Hari terakhir Aidilfitri, 16/9, Abg Zul buat open house plak... The whole day lah kat sana.... Tolong2 ape yang patut.. Tapi, lebih kepada tolong makan lah...ngee~





Basically, that's how I spent my Raya... Best tak? As I said on my previous entry, lotsssssss of thing were happen masa raya nie..... Semoga Allah panjang kan umur aku utk berjumpa Ramadan dan Aidilfitri tahun hadapan... InshaAllah.....

Monday, October 8, 2012

Barbeque party...

Lepas empat hari Abah kat spital, hari Sabtu, 1/9 Abah discharged. Ade sikit drama lah masa nak discharged dr spital tu.. Night before, Abg Zul yg jaga Abah kat spital, Mama pulak, ikut aku balik Tg.Karang. Mama terlupa nak keluarkan semua dokumen dr handbag die.. Bila doktor cakap Abah dah bleh discharged, Abg Zul pun called tanya mana semua dokumen tu.. Tak mempasal kena rush gi spital nak hantar semua dokumen tu... Abah pulak dah tak sabar2 nak balik... Dua kali called, suruh cepat...Bila Abah nampak jer muka aku, cepat2 dia nak balik..Padahal, Abg Zul belum settle kan ape2 yg patut.. Punyalah tak sabar nak balik..hehe~

Petang tu, tetiba jer dapat idea nak buat BBQ. Pas Asar, keluar la gi pekan nak beli bahan2 nak buat BBQ.. Aku beli ayam 3 ekor, udang 2kg, kerang 3kg, sosej 4 bungkus. Abg Zul plak bawak daging kambing. Memula igt nak buat utk makan sendiri jer.. Tapi, bila tengok macam banyak jer makanan, Mama start calling2 sedara mara yg terdekat...Meriah jadinya...




Kreatif tak tempat pembakar kitorang neh? At first, nak pinjam kat my cousin yg duduk depan rumah tu..Bila anak2 sedara aku gi sana, dia cakap tempat pembakar dia dah bocor, sebab dah lama tak pakai.. Mama the saviour! Mama yang dapat idea nak guna kereta sorong lama neh..Before letak arang, Mama lapik dgn zink dlu.. Benda nie pun dah bocor sebab karat.. Tapi, boleh guna gak la...Hey, my uncle siap cakap nk pinjam tau kalau die nak buat BBQ nanti...hahaha~

FYI, Amin neh anak merdeka. Lahir on 31st August...So, kita celebrate belated birthday die skali la... Tengah sibuk2 bakar makanan, anak angkat Mama pun datang 1 family.. Nak melawat Abah.. A day before, diorang dah datang tengok Abah tapi anak diorang yang kecik skali xdapat masuk. Govt hospital policy, children below 12 y-o tak boleh melawat kat wad. So, budak tu merajuk. Dia agak rapat ngn my parents.. Dah macam cucu sendiri dah... Parents die pun bawak la die datang sini malam tu.. Langkah kanan, kitorang memang tengah buat BBQ party...

Paling seronok, tengok Abah.. Happy betul die.. Baru keluar dari hospital, dikelilingi semua anak cucu dia... Walaupun BBQ party nie x dirancang n sangat last minutes punya preparation, tetap meriah! It is simply because we are having it with our love ones.... Love.. Love...Love is in the air~

Friday, June 22, 2012

Tahukah anda.....


  1. Tahukah anda bahawa bekerja lebih masa menunjukkan anda adalah tidak produktif. Kajian mendapati, waktu bekerja selama 9 jam sehari harus digunakan untuk meyiapkan semua kerja anda. Tiada istilah "overtime" itu bagus. Overtime equals to bad time management! 
  2. Tahukah anda bahawa 4 daripada 5 pekerja di Malaysia hanya berkelulusan SPM. Kajian saya sendiri mendapati bahawa 1 bahagian lagi adalah orang yang berkelulusan lebih dari SPM tapi malas! Manakala orang yang berkelulusan lebih tinggi dari SPM adalah bos, sebab tu yang berkelulusan SPM itu adalah pekerja..hewhewhew (style Hanis Zalikha gelak)
  3. Tahukah anda bahawa warna pakaian kita sewaktu pergi kerja akan mempengaruhi mood kita.. Mengambil contoh warna biru, dikatakan warna yang mampu menjadikan si pemakai lebih tenang. Tetapi, kalau hari-hari pakai warna biru, akan membosankan orang lain yang pandang!
  4. Tahukah anda bahawa saya tidak mempunyai boyfriend tetapi setiap hari saya sentiasa ditemani oleh tiga orang jejaka kacak idaman wanita-wanita seMalaysia. Fenomena ini terjadi kerana workstation saya diletakkan ditengah-tengah mereka. Sekarang, cuba anda bayangkan perasaan saya bila ketiga-tiga mereka bercerita mengenai EURO sewaktu saya sedang fokus melakukan kerja-kerja saya??
  5. Tahukah anda bahawa kesemua fakta diatas hanyalah auta semata-mata kecuali nombor 4? Atau, adakah anda cukup bangang untuk mempercayai kesemua fakta diatas adalah benar?





Thursday, June 14, 2012

Si Pencuri..

Datang tak diundang.....
Muncul tak dijemput.....
Pergi tak bagi tahu.....
Balik tak di halau.....

Sedar-sedar,
Ada yang kau ambil...
tak minta izin...
tanpa kebenaran...
tanpa kerelaan....

Sumpah!
Mula-mula aku tak sedar....
tak perasan...
tak terasa langsung!

Tiba-tiba......
heh! mana dia?
dah la ada sekeping jer...
nipis, rapuh....
ah, sudah...
sapa ambik?
sapa bawak lari?


Wahai Si Pencuri,
Sila pulangkan....
atau gantikan....

boleh?
:p

Wednesday, April 11, 2012

Tuesday, April 10, 2012

Sekeping H.A.T.I

"Pesan pada DIRI, jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. Pada insan yang tak mengerti.. Kerana, sekali kau memberi, SELAMANYA dia di HATI.. Kerana, SEKALI kau di LUKAI, sampai bila-bila tetap kau ingat.. Pesan pada diri, berhati-hati dalam memberi HATI, ianya hanya untuk dimiliki oleh seorang insan yang tahu menghargai betapa tinggi nilanya sekeping HATI."




Wednesday, March 21, 2012

:Quotes:



You come to LOVE not by finding the perfect person,
but....
by learning to see an imperfect person perfectly!