Showing posts with label al fatihah. Show all posts
Showing posts with label al fatihah. Show all posts

Thursday, January 9, 2014

Setahun.

Hari ni, 9 Januari 2014. Genap setahun arwah Abah pergi. Dah setahun rupanya. Rasa macam baru jer semalam ulang alik pegi Damansara Specialist Hospital & Hospital Sg. Buloh jenguk Abah kat wad. Dah setahun dah semua tu? Kejap je rasanya. 

Kalau aku balik kg., selalu jer terngiang2 bunyi enjin kereta Abah balik kerja tengahari & petang. Jenguk kat luar, xde. Oh, Abah dah xde rupanya. Tiap kali lalu depan ofis lama Abah, secara automatik kepala toleh sana, mata carik kereta Abah yg selalu parking depan ofis dia, kadang-kadang bawah pokok. Oh, tak ada. Ofis tu pun orang lain dah sewa, mungkin. Kereta yg Abah pakai dulu pun dah jual.


Setahun yang lepas. Setahun? Tak rasa pun dah setahun tu. Rasa macam baru jer. Setahun yg lepas, time2 cmni, 12PM, aku tengah kelam kabut nak pegi IJN bila Mama bagitau Abah dah kritikal. Cari baju kurung yang tak payah nak gosok, sarung jer tudung ape yg ada - sebab dalam hati cakap, Abah gonna make it! and bila Abah dah stabil, boleh terus masuk kerja (masa tu kerja shift 4pm-1am). Fikir positif. Bukan apa, dah beberapa kali doktor cakap kritikal tu. Tapi, Abah survived those critical conditions. Kali ni, tak. Allah has decided. Kami terima. Redha.


Dia. Wajah tua ni lah yang aku rindu sekarang. Rindu sangat. Tak puas jaga Abah masa Abah sakit. Kejap sangat. Itu lah Abah. Tak suka nak susah kan orang. Sampai ke akhir hayat macam tu lah dia. Sebelum sampai "masa" Abah, dia settle kan semua urusan dia. Seolah-olah dia tau yg dia nk "pergi".


Lebih kurang 3 minggu sebelum dia "pergi", masa tu kat ICU Hosp. Sg. Buloh. Bila dah sampai masa melawat, aku dengan Mama masuk jenguk Abah. Dia hulur duit kat aku suruh bagi Mama. "Ada kertas?" Abah tanya aku. "Abah nak tulis ape?". Aku dgn Mama pelik, tiba-tiba Abah mintak kertas. Aku bagilah kertas dgn pen. Nak tulis no. PIN ATM rupanya. "Nak buat apa no. PIN ni, bah? Nak suruh masukkan duit tadi ke?,"  aku tanya Abah. "Tak. Simpan ni. Kalau ade ape-ape nanti, keluarkan semua duit dalam tu".  :'(

Lepas Abah dah xde, kerani dia pun kemas lah semua barang-barang dalam ofis Abah. Kerani Abah dah asing-asingkan semua dokumen penting. Ada satu kotak tu, penuh dgn kastemer Abah punya daftar perniagaan yg tak dituntut lagi yang Abah dah renew semua. Dan, semua Abah tulis siap-siap kalau ada yg belum dibayar - kastemer hutang lagi lah tu. Macam dia tau, bila dia dah xde, biar senang sikit waris2 dia nak uruskan. 

Tapi, sayang sangat. Takde sapa yang sambung warisan kerja Abah ni, syarikat Abah ni. Abah usahakan syarikat ni utk anak-anak. Kerja ni, syarikat ni yang sekolahkan kitorang adik beradik sampai semua dapat masuk U. Maaf Abah, kami tak dapat nak teruskan. Kami tak mampu. Legasi yg Abah bina tu, terlalu besar utk kami. Ingat lagi, Abah pernah harapkan yg aku akan teruskan kerja Abah nanti. Sebab tu dulu dia suruh aku belajar Accountancy. Tapi, anak beruah ni tak faham. Degil pun iya jugak. Sudahnya, berkuburlah ZAFNAZ ENTERPRISE mcm tu jer. Syarikat yg Abah usahakan & namakan sempena nama anak2.




Monday, October 21, 2013

Malang tak berbau!!

Ini kisah benar. heh!

16/10/2013 - Sehari lepas Raya Haji. Budak2 pun dah mula skolah balik. Since SPM da makin dekat, Ain ade kelas extra pagi2 sebelum skolah. Kena datang skolah pukul6.30 pagi. Minggu sebelum nya, aku la yg keje hantar Ain pepagi tu sebab aku kan jobless kejap... Tapi, disebabkan kereta aku kat bengkel, harini Amin la tlg hantar. Pagi tu dia gerak dr umah K.Selangor lepas subuh, agak2 dalam pukul 6.15 sampai umah Tg. Karang. Mulanya, Abg Zul suruh Amin blk Tg. Karang malam tu lagi tp dia dah penat. Tu yg datang pepagi pas subuh tu.

Ain dah tunggu abangnye datang amik kat depan rumah dah. Mama pun teman la Ain. Dalam 6.15am camtu, Amin pun sampai la. Tak keluar dari kereta pun, terus pegi balik nk hntr Ain. Mama pun masukla rumah, kejut aku untuk solat Subuh. Aku terus bangun gi bilik air amik wuduk. Tetibe dengar kecoh2 kat ruang tamu. Kuar jer dr bilik air aku terus gi ruang tamu. Nampak Ain dgn Amin, dorang patah balik. Mama bagitau diorang kena rompak! Hah?? Sape yg bodoh sangat nk rompak budak skolah? Tu la benda pertama dlm fikiran aku.

Aku tgk Ain dah nangis2 dah kat sofa. Amin tgh call mak ngn abahnye. Dlm nanges2 tu Ain citer ape yg jadi. Depan simpang nak masuk lorong romah aku dari jln besar tu, ade satu warung. Kitorang panggil warung belut. Kat situ la Ain ckp ade satu kereta berenti. Igtkan kereta tu nk lintas la. Tapi xgerak2 pun walaupun kat jln besar xde kenderaan pun. Subuh2 cmtu mmg xbyk kenderaan kat jln raya. Tetiba, driver kete depan tu kuar bwk parang pecahkan tingkap kat driver side & rompak anak2 sedara aku tu. Ya Allah! perompak tu bawak parang! Berderau darah aku dgr! Masa aku solat Subuh pun rasa macam takboleh nak berdiri betul. Menggeletar...

Aku tanya diorang apa yg perompak tu amik. Amin ckp, dia punya wallet - dlm tu ade dlm RM100++ ngn segala kad2 lah dengan dia punya Note 2. Ain bagi purse die tapi xde ape2 pun dlm tu. Knowing Ain, dia memang letak duit dengan IC die dalam satu beg kecik yg boleh simpan dalam kocek baju skolah. Masa Ain cerita pasal kejadian tu, dia ade mentioned yg kereta perompak tu Waja. Then, Mama cakap dia perasan ade kereta Waja follow belakang kereta Amin masa dia dtg tadi. Bila Amin belok masuk kawasan rumah, Mama perasan Waja tu buat U-turn kat rumah jiran. Mama igtkan tu Waja jiran sebelah sebab sama kaler. Jiran tu memang selalu pegi kerja time subuh2 macam ni. Tak sangka plak tu kereta perompak tu.

Aku suruh Amin pegi balai polis buat report sebab ada IC, lesen n semua kad2 bank dlm wallet dia tu. Ain pulak xberenti nangis. Trauma tu. AKu tanya dia nk pegi skolah x. Kalau rasa xboleh pegi skolah, xpayah pegi. Tapi dia ckp nk pegi jugak. Aku suruh dia tunggu siang sikit. Pegi skolah time2 macam xde extra class pagi. Ain trauma agak teruk la. Time kat skolah dia xberenti nangis sampai Ustaz bacakan ayat2 utk penenang hati. Last2, kakak ipar aku amik die kat skolah. Takde yg cedera, tapi, masing2 trauma.





Kalau tengok kat tempat kejadian tu, kita memang boleh cakap banyak peluang nak escaped. Tapi, bila kita dekat situasi tu, panik buat kita mental blocked, xboleh fikir ape pun. Selama ni, aku dengar dan baca jer benda2 ni jadi kat sekeliling aku, Sekarang, kena dekat org2 terdekat. Allah bagi peringatan supaya sentiasa berjaga-jaga.

Bila aku fikir2 balik, tak mustahil benda ni jadi kat aku masa aku yg hantar Ain pagi2 minggu sebelum tu. Pagi tu jugak, aku yg patutnya hantar Ain. Kalaulah Amin balik Tg.Karang malam sebelum tu macam yg Abg Zul suruh, memang aku lah yg bawak kereta tu, mungkin akulah yg kena rompak tu. MasyaAllah.......... Alhamdulillah, Allah nak lindungi aku. Tapi, kena pada anak2 sedara aku.

Friday, April 19, 2013

Belasungkawa : 100 hari tanpa Abah (Final Part)

26/12
Abang Zul bawak Abah pegi DSH utk buat fisioterapi sebab Abah takboleh jalan since heart attack haritu. Besides, nak check jugak condition jantung Abah. Bila consult dengan doktor kat sana, doktor referred ke pakar buah pinggang. They found out that kidney Abah berfungsi dalam lingkungan 25-30%. Belum cukup teruk utk buat dialisis, so, doktor pantau semua air yg keluar dan masuk badan Abah. At some point, banyak sangat air yg masuk sampai effect kat jantung Abah. Jantung Abah xboleh nak handle.




31/12
Abah transferred to CCU. Masa tu keadaan jantung dia dah makin lemah. Malam tu Abah sesak nafas. Doktor terus transfer Abah ke CCU. Doktor dah set 2/1 utk buat angiogram utk tengok any blocking arteries.



2/1/2013
As a result, there were 3 main arteries blocking.  At the same day, doktor masukkan belon utk bukak balik saluran arteri yg tersumbat tu. Lepas siap both procedures, doktor puts Abah on sleep utk stabilkan balik jantung Abah. Abah transferred to CICU. Doktor kata, bila jantung Abah dah back to normal, baru boleh start dialisis utk pulihkan fungsi buah pinggang. Ever since that, Abah takpernah betul2 bangun.

5/1/2013
Around 9am Mama called mintak aku cepat2 pegi hospital. Abah dah kritikal! A night before, Mama tak tidur hospital. Abg Zul dgn Amin yg berjaga kat hospital sebab keadaan Abah dah membimbangkan. Diorang tidur dekat waiting lounge je. Pagi2 Abg Zul dah called Mama mintak cepat2 datang. Sampai je hospital, aku tengok semua dah nangis2 dah. Something wrong happen here! Keluar dari lif, aku nampak Amzar duduk kat resting area, baca Yasin. Mata dah merah. Masuk waiting lounge, nampak pulak Azib teresak2 sambil cuba nak baca Yasin. Abang Zul keluar dari CICU mintak aku cepat2 jumpa Abah sementara Abah masih "ada".

Heart rate Abah jatuh mendadak! It is a matter of time. Kitorang pun dah inform semua sedara2 terdekat. Adik beradik Abah pun semua datang termasik adik Abah yg duduk dekat Segamat. Semua sempat datang. We're ready for any worst case scenario. Lepas Zohor, heart rate Abah naik sikit2. Ada satu masa tu, Abah dah buka mata. Abah dah sedar, tapi, doktor masih letak Abah dalam pengawasan ketat. At late evening, Abah dah makin stabil. Kak Nik ade request dekat doktor a day before this happen, utk transfer Abah ke mana2 Govt. Hosp. yg ada semua mesin2 yg Abah perlukan. Since Abah dah stabil, doktor akan transfer Abah ke IJN on the next day.

6/1/2013
It is now safe to transferred Abah ke IJN. Around 12pm Abah sampai ke IJN from DSH, terus ke ICU. Dalam 3pm, doktor benarkan immidiate family members utk melawat Abah walaupun waktu melawat sebenarnya 4.30pm. Everyday, before pegi kerja, aku mesti datang sini tengok Abah. 1st day, Abah masih "ditidurkan" utk bagi ruang jantung die pulih macam biasa. 2nd day, masa aku datang, Abah dah sedar, dah buka mata. Dia takboleh nak bercakap sebab banyak sangat "benda" dalam mulut dia. Tapi, aku rasa lega sikit bila Abah dah buka mata. Mama pun cakap doktor ada bagitau mungkin Abah dah boleh pindah ke wad biasa esok, then, dalam seminggu dah boleh discharged. Unfortunately, that was doctor's plan and prediction. Allah has His better plan.

9/1/2013
Aku takde plan nak pegi hospital hari ni sebab tengok Abah dah makin ok, and, maybe Abah dah pindah ke wad biasa. Tiba2 dapat call dari kampung tanya keadaan Abah sebab dapat berita Abah dah kritikal. Terus call Mama. Mama suruh cepat2 datang IJN. Sampai je sana, Abg Zul dgn Kak Nik dah ada. Cepat2 salam & cium Abah. Abah memang dah tak sedar. Heart beat die dah tak stabil sejak malam tadi. Abg Zul pun tak balik dari semalam. Honestly, lepas kejadian Sabtu lepas, aku dah prepared for any possibility. Dah ada emergency bag dalam kereta, in case kena balik kampung time kerja or anything. Doktor dah bagi permission kat all families yg datang, boleh masuk walaupun bukan waktu melawat. Just bagitau guard yg jaga tu yg kitoang ni family Kamaruddin, patient katil 614 wad CCU.

Around 3.30pm, Allah sayangkan Abah more than us. Allah dah panggil Abah balik kepada Dia. Aku redha. In fact, dari aku datang, aku dah berdoa banyak2, "Ya Allah, ambillah Abah., kalau itu yg terbaik. Aku dah tak sanggup tengok Abah menanggung sakit. Aku redha, Ya Allah.". Aku betul2 redha dengan pemergian Abah. Bila nurse bagitau Abah dah "pergi", cepat2 kitorang uruskan apa yang patut. Abg Zul call kawan die mintak arrange van jenazah utk "jemput" Abah dekat IJN. Mama sedaya upaya utk called all her siblings and Abah's. Mama mintak makcik aku yg duduk serumah dengan Embah utk balik rumah aku dulu, kemas ape yg patut. Rumah tu dah 2 minggu ditinggalkan. Aku bawak Mama balik kg. Nasib baik masa tu jalan tak jammed lagi. At that point of time, aku sebenarnya macam tak percaya yg Abah dah 'pergi'. It just not the way I imagined. Entahlah.....

Today, genap 100 hari tanpa Abah. Rindu? Allah jer yang tau. Kalau duduk kat rumah, selalu terngiang2 bunyi kereta Abah balik kerja, selalu terbayang2 Abah dekat bilik dia. Tak boleh nak buang bayangan Abah kat favorite spot Abah dalam rumah tu... Always.... Throwback masa hari Abah dikebumikan.. MashaAllah! ramainya orang datang. Non-stop, for the whole day... Masa sebelum Abah dikapankan, rumah aku penuh sesak. Sampai satu tahap, aku sendiri tak tau nak pegi mana. Orang2 yang sayangkan Abah were everywhere. Malam tu jer, 3kali orang buat tahlil, and masa solat jenazah, kalau taksalah sampai 2 kali. Alhamdulillah, semuanya sempurna. Al fatihah......................








Belasungkawa: 100 hari tanpa Abah (Part 1)

It has been a while since my last entry, kan.. Well, banyak sangat yang dah berlaku. Its a tough start for our family for 2013. We lost our beloved Abah on 9th January 2013. Cerita tu, aku akan detailed kan lagi in this and my next entry.

Before, aku ade cerita pasal Abah (even it has been 100 days, aku tak reti sebut "Arwah Abah") admitted kat Hosp. Sg. Buloh (HSB) dalam satu entry (klik sini) ni. Well, ade kisah lain dalam 2 bulan lepas kejadian tu. 

It was happen masa Raya Haji - couldn't remembered the date, and malas nak search jugak!. Raya Haji last year falls on hari Jumaat kan. Masa tu Abah sihat lagi. Abg Amir and family memang nak buat korban. Since Raya Haji hari Jumaat and banyak tempat kat kampung ni buat korban, he decided to perform his qurban on Saturday. Pakat punya pakat ngn org kampung yg nak buat jugak on the same day, we decided nak amik turn lepas Zohor. Itu plan asalnye.

Tapi, malam sebelum tu (Jumaat malam Sabtu) Abah dah rasa macam tak sihat. Around 1am, aku perasan Abah terjaga dari tidur and rushed to toilet. Thought, takde ape2 yang serius since Abah memang selalu bagun tengah2 malam pegi toilet. Dalam pukul 6am, Mama kejutkan semua org suruh bangun cepat2, solat and terus siap2 nak buat korban pagi2 tu gak. Mama told me, Abah bleeding lagi malam tadi, Kak Nik nak hantar Abah ke HSB pagi tu and we knew that Abah will be admitted. Thats why kita kena settlekan korban tu pagi2 tu jugak.

Ingatkan Abah akan stay kat HSB utk 3-4 hari macam yg sebelum ni. Tapi kali ni lagi lama. Hari Sabtu Abah Masuk wad, hari Ahad baru aku pegi tengok Abah. Mama cakap, tak serius pun. Bleeding pun dah takde. 1-2 hari lagi boleh balik lah. Lega sikit.

Isnin sebelum pegi keje, aku pegi HSB lagi. Tengok Abah dah kena pakai pampers. Mama cakap malam tadi Abah bleeding banyak sangat. Taksempat pegi bilik air, darah dah keluar menjejeh2 kat lantai wad. Nurse pun terkejut. Terus panggil doktor yg on-call malam tu. Kali ni, baru doktor panik tengok darah keluar banyak sangat macam tu. Sebelum2 ni, doktor takpernh nampak sendiri mcm mana banyak nye darah yg keluar. Kali ni, depan mata doktor sendiri. Baru doktor panik. Mama inform doktor nak operate and buang usus yg menyebabkan pendarahan tu. So, doktor nak jumpa semua anak2 Abah esok nya (Selasa) sebelum operation.

Doktor dah scheduled operation Abah hari Selasa tu jugak tapi, operation theater xde yg available. Hospital kena utamakan utk kes2 yg kritikal dulu. At last, Abah dpt slot utk operate hari Khamis, tu pun belah petang. Dari lepas Asar klu xsalah, dlm 10pm, Abah dah selamat dibedah. I wasn't there. Cuti dah tak banyak dah masa tu..huhu... Seminggu lepas operate, Abah discharged. Dalam seminggu lepas discharged, Abah dah boleh kerja macam biasa.. Kitorang adik beradik pun dah ingat Abah will be fine after this... Never thought that the operation will have a "big" side-effect on Abah's health............



to be continued on 2nd part.............

Friday, September 28, 2012

Tak raya sangat lah!

Previous post aku ade mentioned yang lotssssss of thing were happen sepanjang bulan raya lepas.. Some of it, aku ter"missed" out. Kalau korang nak tau, raya tahun ni aku tak dapat cuti. Lucky me, 1 Syawal jatuh pada hari Ahad. Dapat gak lah beraya 1 hari dengan family. Raya ke-2, BACK TO WORK! demmmm....
What to do kan. Demi mmencari rezeki.. chewassss... ayat tak boleh blah! lol~

Raya ke 2 tu aku kerja. Penat sebenarnya nak explain kat relatives bile diorang tanya pasal cuti raya..Baru 1st time kan kena kerja masa raya nie..Lama-lama nantii, diorang will stop asking the  question when they get used to it. Eh, macam nak kerja lama jer kat company tu..touch on wood!! touch on wood!!heh!

Masa raya pertama tuh, my cousin datang beraya. He told my mum yang my aunty, adik tiri abah (lain mak) sakit. Tak boleh jalan sebab kaki die bengkak. A few days before raya, she terpijak paku and her leg dah kena infection but, she refused to go to doctor sebab dah nak raya. Bila my mum tau, she told Abg Zul suruh pegi beraya rumah my aunty tu cepat2. Abg Zul memang dah planned to beraya kesana on 2nd raya.

Tapi, Allah lebih sayangkan my aunty. She passed away malam raya ke 2 around 8pm. Agak ralat jugak lah sebab tak sempat ziarah beliau. Aku sah2 tak tau. Time tu aku kerja. Next morning, bila bangun tidur ade missed call from Mama. Masa tu dah 9am, third day raya. Bila call Mama balik, baru la Mama bagi tau yg my aunty passed away. Mama cakap tak teringat nak call ofis bagitau aku malam tadi sebab dah kelam kabut sangat. Unexpected, kan. Kalau Mama call malam tu, aku boleh rush balik kampung lepas kerja. Tak jauh pun...

Tapi, tu la... Dah taksempat nk ziarah kan... Walaupun rumah my aunty tu tak jauh dari my parents', dah lama rasanya tak jumpa dia. Tak ingat bila kali terakhir aku jumpa dia. Apa-apa pun, aku hanya boleh sedekahkan Al-Fatihah utk arwah.. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Jariah bt Morni...