Hari ni, 9 Januari 2014. Genap setahun arwah Abah pergi. Dah setahun rupanya. Rasa macam baru jer semalam ulang alik pegi Damansara Specialist Hospital & Hospital Sg. Buloh jenguk Abah kat wad. Dah setahun dah semua tu? Kejap je rasanya.
Kalau aku balik kg., selalu jer terngiang2 bunyi enjin kereta Abah balik kerja tengahari & petang. Jenguk kat luar, xde. Oh, Abah dah xde rupanya. Tiap kali lalu depan ofis lama Abah, secara automatik kepala toleh sana, mata carik kereta Abah yg selalu parking depan ofis dia, kadang-kadang bawah pokok. Oh, tak ada. Ofis tu pun orang lain dah sewa, mungkin. Kereta yg Abah pakai dulu pun dah jual.
Setahun yang lepas. Setahun? Tak rasa pun dah setahun tu. Rasa macam baru jer. Setahun yg lepas, time2 cmni, 12PM, aku tengah kelam kabut nak pegi IJN bila Mama bagitau Abah dah kritikal. Cari baju kurung yang tak payah nak gosok, sarung jer tudung ape yg ada - sebab dalam hati cakap, Abah gonna make it! and bila Abah dah stabil, boleh terus masuk kerja (masa tu kerja shift 4pm-1am). Fikir positif. Bukan apa, dah beberapa kali doktor cakap kritikal tu. Tapi, Abah survived those critical conditions. Kali ni, tak. Allah has decided. Kami terima. Redha.
Dia. Wajah tua ni lah yang aku rindu sekarang. Rindu sangat. Tak puas jaga Abah masa Abah sakit. Kejap sangat. Itu lah Abah. Tak suka nak susah kan orang. Sampai ke akhir hayat macam tu lah dia. Sebelum sampai "masa" Abah, dia settle kan semua urusan dia. Seolah-olah dia tau yg dia nk "pergi".
Lebih kurang 3 minggu sebelum dia "pergi", masa tu kat ICU Hosp. Sg. Buloh. Bila dah sampai masa melawat, aku dengan Mama masuk jenguk Abah. Dia hulur duit kat aku suruh bagi Mama. "Ada kertas?" Abah tanya aku. "Abah nak tulis ape?". Aku dgn Mama pelik, tiba-tiba Abah mintak kertas. Aku bagilah kertas dgn pen. Nak tulis no. PIN ATM rupanya. "Nak buat apa no. PIN ni, bah? Nak suruh masukkan duit tadi ke?," aku tanya Abah. "Tak. Simpan ni. Kalau ade ape-ape nanti, keluarkan semua duit dalam tu". :'(
Lepas Abah dah xde, kerani dia pun kemas lah semua barang-barang dalam ofis Abah. Kerani Abah dah asing-asingkan semua dokumen penting. Ada satu kotak tu, penuh dgn kastemer Abah punya daftar perniagaan yg tak dituntut lagi yang Abah dah renew semua. Dan, semua Abah tulis siap-siap kalau ada yg belum dibayar - kastemer hutang lagi lah tu. Macam dia tau, bila dia dah xde, biar senang sikit waris2 dia nak uruskan.
Tapi, sayang sangat. Takde sapa yang sambung warisan kerja Abah ni, syarikat Abah ni. Abah usahakan syarikat ni utk anak-anak. Kerja ni, syarikat ni yang sekolahkan kitorang adik beradik sampai semua dapat masuk U. Maaf Abah, kami tak dapat nak teruskan. Kami tak mampu. Legasi yg Abah bina tu, terlalu besar utk kami. Ingat lagi, Abah pernah harapkan yg aku akan teruskan kerja Abah nanti. Sebab tu dulu dia suruh aku belajar Accountancy. Tapi, anak beruah ni tak faham. Degil pun iya jugak. Sudahnya, berkuburlah ZAFNAZ ENTERPRISE mcm tu jer. Syarikat yg Abah usahakan & namakan sempena nama anak2.
No comments:
Post a Comment