Thursday, January 9, 2014

Setahun.

Hari ni, 9 Januari 2014. Genap setahun arwah Abah pergi. Dah setahun rupanya. Rasa macam baru jer semalam ulang alik pegi Damansara Specialist Hospital & Hospital Sg. Buloh jenguk Abah kat wad. Dah setahun dah semua tu? Kejap je rasanya. 

Kalau aku balik kg., selalu jer terngiang2 bunyi enjin kereta Abah balik kerja tengahari & petang. Jenguk kat luar, xde. Oh, Abah dah xde rupanya. Tiap kali lalu depan ofis lama Abah, secara automatik kepala toleh sana, mata carik kereta Abah yg selalu parking depan ofis dia, kadang-kadang bawah pokok. Oh, tak ada. Ofis tu pun orang lain dah sewa, mungkin. Kereta yg Abah pakai dulu pun dah jual.


Setahun yang lepas. Setahun? Tak rasa pun dah setahun tu. Rasa macam baru jer. Setahun yg lepas, time2 cmni, 12PM, aku tengah kelam kabut nak pegi IJN bila Mama bagitau Abah dah kritikal. Cari baju kurung yang tak payah nak gosok, sarung jer tudung ape yg ada - sebab dalam hati cakap, Abah gonna make it! and bila Abah dah stabil, boleh terus masuk kerja (masa tu kerja shift 4pm-1am). Fikir positif. Bukan apa, dah beberapa kali doktor cakap kritikal tu. Tapi, Abah survived those critical conditions. Kali ni, tak. Allah has decided. Kami terima. Redha.


Dia. Wajah tua ni lah yang aku rindu sekarang. Rindu sangat. Tak puas jaga Abah masa Abah sakit. Kejap sangat. Itu lah Abah. Tak suka nak susah kan orang. Sampai ke akhir hayat macam tu lah dia. Sebelum sampai "masa" Abah, dia settle kan semua urusan dia. Seolah-olah dia tau yg dia nk "pergi".


Lebih kurang 3 minggu sebelum dia "pergi", masa tu kat ICU Hosp. Sg. Buloh. Bila dah sampai masa melawat, aku dengan Mama masuk jenguk Abah. Dia hulur duit kat aku suruh bagi Mama. "Ada kertas?" Abah tanya aku. "Abah nak tulis ape?". Aku dgn Mama pelik, tiba-tiba Abah mintak kertas. Aku bagilah kertas dgn pen. Nak tulis no. PIN ATM rupanya. "Nak buat apa no. PIN ni, bah? Nak suruh masukkan duit tadi ke?,"  aku tanya Abah. "Tak. Simpan ni. Kalau ade ape-ape nanti, keluarkan semua duit dalam tu".  :'(

Lepas Abah dah xde, kerani dia pun kemas lah semua barang-barang dalam ofis Abah. Kerani Abah dah asing-asingkan semua dokumen penting. Ada satu kotak tu, penuh dgn kastemer Abah punya daftar perniagaan yg tak dituntut lagi yang Abah dah renew semua. Dan, semua Abah tulis siap-siap kalau ada yg belum dibayar - kastemer hutang lagi lah tu. Macam dia tau, bila dia dah xde, biar senang sikit waris2 dia nak uruskan. 

Tapi, sayang sangat. Takde sapa yang sambung warisan kerja Abah ni, syarikat Abah ni. Abah usahakan syarikat ni utk anak-anak. Kerja ni, syarikat ni yang sekolahkan kitorang adik beradik sampai semua dapat masuk U. Maaf Abah, kami tak dapat nak teruskan. Kami tak mampu. Legasi yg Abah bina tu, terlalu besar utk kami. Ingat lagi, Abah pernah harapkan yg aku akan teruskan kerja Abah nanti. Sebab tu dulu dia suruh aku belajar Accountancy. Tapi, anak beruah ni tak faham. Degil pun iya jugak. Sudahnya, berkuburlah ZAFNAZ ENTERPRISE mcm tu jer. Syarikat yg Abah usahakan & namakan sempena nama anak2.




Thursday, November 7, 2013

Hijrah.

Hijrah (هِجْرَة), maksud perpindahan. Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin.

Maaf. Terlambat pulak nak update pasal "HIJRAH" ni. In before, Salam Maal Hijrah. Semoga kita menjadi Hamba Allah yang lebih baik dari tahun sebelum ni.

Aku juga dah berhijrah. Berhijrah ke tempat baru, pekerjaan baru dan kawan-kawan baru (tanpa melupakan yg lama), Alhamdulillah. Semoga dengan penghijrahan kecil ini mampu menjadikan aku di masa hadapan lebih baik dari aku sebelum ni.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Hijrah tidak akan terputus sampai taubat terputus dan taubat tidak akan terputus sehingga matahari terbit dari barat.” – Hadis riwayat Abu Dawud.



Monday, October 21, 2013

Malang tak berbau!!

Ini kisah benar. heh!

16/10/2013 - Sehari lepas Raya Haji. Budak2 pun dah mula skolah balik. Since SPM da makin dekat, Ain ade kelas extra pagi2 sebelum skolah. Kena datang skolah pukul6.30 pagi. Minggu sebelum nya, aku la yg keje hantar Ain pepagi tu sebab aku kan jobless kejap... Tapi, disebabkan kereta aku kat bengkel, harini Amin la tlg hantar. Pagi tu dia gerak dr umah K.Selangor lepas subuh, agak2 dalam pukul 6.15 sampai umah Tg. Karang. Mulanya, Abg Zul suruh Amin blk Tg. Karang malam tu lagi tp dia dah penat. Tu yg datang pepagi pas subuh tu.

Ain dah tunggu abangnye datang amik kat depan rumah dah. Mama pun teman la Ain. Dalam 6.15am camtu, Amin pun sampai la. Tak keluar dari kereta pun, terus pegi balik nk hntr Ain. Mama pun masukla rumah, kejut aku untuk solat Subuh. Aku terus bangun gi bilik air amik wuduk. Tetibe dengar kecoh2 kat ruang tamu. Kuar jer dr bilik air aku terus gi ruang tamu. Nampak Ain dgn Amin, dorang patah balik. Mama bagitau diorang kena rompak! Hah?? Sape yg bodoh sangat nk rompak budak skolah? Tu la benda pertama dlm fikiran aku.

Aku tgk Ain dah nangis2 dah kat sofa. Amin tgh call mak ngn abahnye. Dlm nanges2 tu Ain citer ape yg jadi. Depan simpang nak masuk lorong romah aku dari jln besar tu, ade satu warung. Kitorang panggil warung belut. Kat situ la Ain ckp ade satu kereta berenti. Igtkan kereta tu nk lintas la. Tapi xgerak2 pun walaupun kat jln besar xde kenderaan pun. Subuh2 cmtu mmg xbyk kenderaan kat jln raya. Tetiba, driver kete depan tu kuar bwk parang pecahkan tingkap kat driver side & rompak anak2 sedara aku tu. Ya Allah! perompak tu bawak parang! Berderau darah aku dgr! Masa aku solat Subuh pun rasa macam takboleh nak berdiri betul. Menggeletar...

Aku tanya diorang apa yg perompak tu amik. Amin ckp, dia punya wallet - dlm tu ade dlm RM100++ ngn segala kad2 lah dengan dia punya Note 2. Ain bagi purse die tapi xde ape2 pun dlm tu. Knowing Ain, dia memang letak duit dengan IC die dalam satu beg kecik yg boleh simpan dalam kocek baju skolah. Masa Ain cerita pasal kejadian tu, dia ade mentioned yg kereta perompak tu Waja. Then, Mama cakap dia perasan ade kereta Waja follow belakang kereta Amin masa dia dtg tadi. Bila Amin belok masuk kawasan rumah, Mama perasan Waja tu buat U-turn kat rumah jiran. Mama igtkan tu Waja jiran sebelah sebab sama kaler. Jiran tu memang selalu pegi kerja time subuh2 macam ni. Tak sangka plak tu kereta perompak tu.

Aku suruh Amin pegi balai polis buat report sebab ada IC, lesen n semua kad2 bank dlm wallet dia tu. Ain pulak xberenti nangis. Trauma tu. AKu tanya dia nk pegi skolah x. Kalau rasa xboleh pegi skolah, xpayah pegi. Tapi dia ckp nk pegi jugak. Aku suruh dia tunggu siang sikit. Pegi skolah time2 macam xde extra class pagi. Ain trauma agak teruk la. Time kat skolah dia xberenti nangis sampai Ustaz bacakan ayat2 utk penenang hati. Last2, kakak ipar aku amik die kat skolah. Takde yg cedera, tapi, masing2 trauma.





Kalau tengok kat tempat kejadian tu, kita memang boleh cakap banyak peluang nak escaped. Tapi, bila kita dekat situasi tu, panik buat kita mental blocked, xboleh fikir ape pun. Selama ni, aku dengar dan baca jer benda2 ni jadi kat sekeliling aku, Sekarang, kena dekat org2 terdekat. Allah bagi peringatan supaya sentiasa berjaga-jaga.

Bila aku fikir2 balik, tak mustahil benda ni jadi kat aku masa aku yg hantar Ain pagi2 minggu sebelum tu. Pagi tu jugak, aku yg patutnya hantar Ain. Kalaulah Amin balik Tg.Karang malam sebelum tu macam yg Abg Zul suruh, memang aku lah yg bawak kereta tu, mungkin akulah yg kena rompak tu. MasyaAllah.......... Alhamdulillah, Allah nak lindungi aku. Tapi, kena pada anak2 sedara aku.

Friday, October 18, 2013

Maid of Honour

Malas nak taip lah.... Aku upload gambar je lah.. Citer dah basi, tapi nk up jugak!

*Blog aku, aku punya suka lah nak up cerita bila & apa??!! Heh~*

Excited nak jadi pengapit
 16/08/2013 - The Solemnization Night




The Cousins


17/08/2013 - The Reception Day


The Dayangs and flower girls








Bla... Bla... Bla...

Bila takde ayat nak buat tajuk dah..... Tu la jadi nye... hoh?!

Kat previous post, semangat tulis "I'm backkk!!!..... I'll continue writing here..." - ini semua poyo!!!! hahahaha.....

Berbulan weiiii aku tinggalkan blog ni.... Bukan takat bersawang, dah jadi kebun lalang dah kot kat sini... Hadehhhh.... Ok.. Ok.. Post ni kira macam comeback aku lah... Konon2 intro lah.... Petang sikit nanti, aku buat 1 full entry... Tungguuuuuuuuu...............................................


Anak-anak sedara buat Wall-of-Fame kat fridge. Penuh gambar Abah.
Diorang rindu Abah tu..
:'(