Monday, November 21, 2011

Kawen oh kawen!

sudah sangat lama tak hapdet.. *ayat pembuka bicara yg stendet klu dah lame xhapdet, tetibe plak "cik puan RAJIN" singgah lalu ter hapdet belog*

mulai sabtu minggu lepas sampai lah ke 25 Dis nie, jadual hujung minggu aku memang penuh dengan wedding invitation..setakat hari ni, 31/12 & 1/1 masih kosong, kalau ade sape2 yg berniat nak jemput kenduri mereka, silakan....aku datang..  :D



nie kawan skolah rendah dulu, Ida..die kawen last week (12/11)..gambar ni pun amik dari FB beliau dan kemudian di edit oleh diri ini..terasa sangat cantik pulak hasil nye. *bangga diri jap!* tapi kan, dalam berlambak2 gambar beliau upload kat FB, yg 1 nie lah aku suke sangat...naisss jerr...
sebab kan umah Ida agak dekat ngan umah aku, Mama teman aku mase nie..memang xde lah sesi bergambar dengan pengantin...gilo pe nak suruh mama amikkan gambo..hee~  
serius, pengantin sangat cantik! sampai kene tenung muka beliau lama2 sebab masa 1st skali tengok, hati terus cakap, "eh betul ker Ida tuh? ker aku salah rumah? tengok laki die, betullah..lain lah muke Ida" 
~LOL~


Malam nye pulak, pegi wedding Yaty..yang nie memang kawan dari kecik..lahir2 jer kat dunia nih, terus kawan ngan beliau lah! sebab, kitorang neh relatives.. pulak, sekolah same sampai form 2..bukan takat satu sekolah, tapi satu kelas lagi! pegi wedding Yaty pun ngan famili..kan kami relatives, remember? haruslah famili datang sekali.. gambar atas neh, aku amik dari belog beliau sebab gambar aku dgn pengantin, pengantin x upload lagi...kat aku xde.. haha~
*Yaty, aku suke gile mekap kau time nikah neh..santekkk!!*



haaa....yg nie latest punye (19/11)...wedding si gojes Amy... pengantin memang gojes habis lah.. naissss jer wedding die tapi tak berkenan sangat ngn MC die...macam xde mood jer..faul tul! 
BTW, Amy neh coursemate mase kat Unisel.. husband die, walaupun cume kenal kat FB jer, borak ngan kitorang cam kenal lame jer... Amy keje ngn Metrowealth.. Mr.David Teo siap dtg tuh...ade jugak lah aku perasan a few artis yg dtg..
adventerous jugak lah nak mencari venue wedding beliau.. nasib lah Zaf n BF nye da sampai dulu..die terus SMS directions nk gi sane...luckily, xsesat pun walaupun lambat sket..  :P

tu jer lah wedding yang aku atteded for the past 2 weeks..lepas ni, bersusun majlis yg nak kene attend.. satu jer yg fed up bile pegi majlis2 cenggini... "Bile lagi nak kawen?" soalan lain xde ker?? "bile nak kurus?" misal nye?? tak nak tahu ker? oh, pasal kawen sibuk2 pulak nak tahu, yeee...

sebagai penutup entri kali ni, terimalah sekeping gambar bukan aku nie...


bila kawen nanti nak buat baju cenggini. full stop. bai!

Thursday, October 27, 2011

Like..like..like..


nak minta jasa baik kawan-kawan semua......

tolong lah vote gambar saya yang cantek neh..cara2 nak vote:
1) log in (or sign up kalau belum ade lg) facebook anda dengan login ID n password masing2.
2) pergi taip kat search box  http://www.facebook.com/SR8colours .
3) "LIKE" lah page tuh....
4) pergi kat album gambar page tuh, cari yang ade tulis "FINALLY, GRADUATED!" CONTEST
5) cari la gambar yang #samadengan kat atas neh....malas nak cari?? takpe..takpe..klik jer >>SINI<<
6) last sekali, tekan lah perkataan "like" yang ade kat bawah gambar nie....

sekian, terimakasih.
:D

Monday, October 24, 2011

Choices~



The Road Not Taken-Robert Frost
 Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


Thursday, October 20, 2011

Sesuatu bernama H.A.T.I

Bila mata sepatutnya dah lelap,
tapi masih membuntang. terasa nak tulis sesuatu. sesuatu yang tak biasa aku tulis.
nak ubah gaya penulisan sikit. lain kan? boleh terima tak?
cuba nak tulis balik semua perkataan yang selama ini hanya terluah dalam hati.
yang selama ini diri ini sendiri yang faham.
macam-macam perkataan yang nak keluar. cuba lah nak susun satu-satu.
bagi keluar molek-molek.
ah, lain yang jadi! yang diniat sedari tadi, lain. lain pula yang keluar.
otak fikir lain, jari tekan lain pulak. akibatnya, karut belaka!
 .

.

.

.

.

.

.

.

.

Hati. aneh kan? susah betul bila kita sedaya upaya mencuba,
berusaha, meletakkan perasaan nya pada jasad yang betul. hasilan nya? selalu tersasar. jatuh pada satu jasad lain. yang pada zahirnya sudah dimiliki. erti kata lain,
bukan milik kita! tapi, hati kita jatuh kan perasaan padanya.
nak diambil balik perasaan itu? boleh kah? pada siapa pula nak diletak? dah dapat pengganti?
kesudahannya, simpan sendiri sahaja. menjadi harta paling berharga dalam diri. 
untung lah! untung sesiapa yang dapat curi. curi harta paling berharga!
cubalah, untung badan, perasaan ini jadi milik kamu! hanya kamu.
syaratnya... peliharalah ia, jagalah ia, lindungilah ia, bimbinglah ia dan hargailah ia.