Bila mata sepatutnya dah lelap,
tapi masih membuntang. terasa nak tulis sesuatu. sesuatu yang tak biasa aku tulis.
nak ubah gaya penulisan sikit. lain kan? boleh terima tak?
cuba nak tulis balik semua perkataan yang selama ini hanya terluah dalam hati.
yang selama ini diri ini sendiri yang faham.
macam-macam perkataan yang nak keluar. cuba lah nak susun satu-satu.
bagi keluar molek-molek.
ah, lain yang jadi! yang diniat sedari tadi, lain. lain pula yang keluar.
otak fikir lain, jari tekan lain pulak. akibatnya, karut belaka!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hati. aneh kan? susah betul bila kita sedaya upaya mencuba,
berusaha, meletakkan perasaan nya pada jasad yang betul. hasilan nya? selalu tersasar. jatuh pada satu jasad lain. yang pada zahirnya sudah dimiliki. erti kata lain,
bukan milik kita! tapi, hati kita jatuh kan perasaan padanya.
nak diambil balik perasaan itu? boleh kah? pada siapa pula nak diletak? dah dapat pengganti?
kesudahannya, simpan sendiri sahaja. menjadi harta paling berharga dalam diri.
untung lah! untung sesiapa yang dapat curi. curi harta paling berharga!
cubalah, untung badan, perasaan ini jadi milik kamu! hanya kamu.
syaratnya... peliharalah ia, jagalah ia, lindungilah ia, bimbinglah ia dan hargailah ia.
No comments:
Post a Comment