Monday, January 13, 2014

Review : Sincerely by Us Butik

Salam. Agak lama jugak blog ni terabai. Personal goal for 2014, kembali aktif berblog macam masa tahun 2010 & 2011 dulu. Sebagai inisiatif, aku nak buat segmen "Review". Aku akan review 2 benda yg paling aku suka buat, shopping & makan. Aku akan cuba cari tempat2/kedai2 yang best and most important, paling bajet utk korang shopping dan makan.

Untuk permulaan ni, aku nak review satu butik yang memang favorite aku, Butik Sincerely by Us (SBU). Kalau tak salah, diorang start as online shopping boutique tapi dah developed & bukak physical boutique kat Shah Alam. Now, they are growing bigger by opening their second boutique at Bandar Baru Bangi. Second boutique ni akan buka by end of this month - kemungkinan by 31 January. Say no more.... Let's checkout their boutique through photos below!









Above, are some of their collections. Originally, diorang just jual tudung - square shawl (tudung bawal) and long shawl (selendang). Tapi, sekarang dah ada all stuff from top to toe! You name it - nak baju? bags? kasut? phone casing? Even makanan pun diorang jual gak! 





 






Basically, SBU hanya ada tudung, kimono cardigan, tunic blouse dan fishtail blouse jer under their own brand. Other stuffs came from their inhouse brand - most or shall I say it all of them are online based business. Do follow their inhouse brands instagram account.


Kenapa aku cakap butik ni best? Bagi aku, barang-barang dia semua dijual dengan harga yang berpatutan dengan kualiti barang. Diorang realised that most of their customer are university students - mostly UiTM sbb butik ni dekat dgn UiTM. So, diorang tak boleh la letak harga yg diluar kemampuan students. Kalau korang nak tau, every day butik ni full house! Terutama hujung minggu & cuti umum.






Now, korang da rasa nak serbu butik ni jugak? Boleh2.... Ni alamat butik diorang...

 

If korang sesat xjumpa cari kat mana butik SBU ni, do call them. They will nicely guide u to their boutique.


Me myself dah 3-4 kali jugak jenguk butik SBU ni.. Lagi satu benda best pasal butik ni, dalam sebulan ade la 2-3 kali diorang akan release new design for their own shawl. So, customer xde la boring asyik tengok the same design tiap kali datang butik.

Antara my own collection of SBU's stuffs. From upper left to bottom right: Coco kimono, square shawl, Seri fishtail blouse, square shawls and square shawls.
Tak payah fikir panjang-panjang. Esok cuti kan? Pergi la shopping kat SBU. Dijamin takkan rugi! Eh, please note that they are closed EVERY MONDAY! Jangan pegi pulak yer..... To SBU and the rest of the team, well done and I do hope that SBU will open more and more branches all over Malaysia.... Yay!

Kiri sekali, owner & founder of SBU.
Gambar: kredit akaun Instagram SBU

Thursday, January 9, 2014

Setahun.

Hari ni, 9 Januari 2014. Genap setahun arwah Abah pergi. Dah setahun rupanya. Rasa macam baru jer semalam ulang alik pegi Damansara Specialist Hospital & Hospital Sg. Buloh jenguk Abah kat wad. Dah setahun dah semua tu? Kejap je rasanya. 

Kalau aku balik kg., selalu jer terngiang2 bunyi enjin kereta Abah balik kerja tengahari & petang. Jenguk kat luar, xde. Oh, Abah dah xde rupanya. Tiap kali lalu depan ofis lama Abah, secara automatik kepala toleh sana, mata carik kereta Abah yg selalu parking depan ofis dia, kadang-kadang bawah pokok. Oh, tak ada. Ofis tu pun orang lain dah sewa, mungkin. Kereta yg Abah pakai dulu pun dah jual.


Setahun yang lepas. Setahun? Tak rasa pun dah setahun tu. Rasa macam baru jer. Setahun yg lepas, time2 cmni, 12PM, aku tengah kelam kabut nak pegi IJN bila Mama bagitau Abah dah kritikal. Cari baju kurung yang tak payah nak gosok, sarung jer tudung ape yg ada - sebab dalam hati cakap, Abah gonna make it! and bila Abah dah stabil, boleh terus masuk kerja (masa tu kerja shift 4pm-1am). Fikir positif. Bukan apa, dah beberapa kali doktor cakap kritikal tu. Tapi, Abah survived those critical conditions. Kali ni, tak. Allah has decided. Kami terima. Redha.


Dia. Wajah tua ni lah yang aku rindu sekarang. Rindu sangat. Tak puas jaga Abah masa Abah sakit. Kejap sangat. Itu lah Abah. Tak suka nak susah kan orang. Sampai ke akhir hayat macam tu lah dia. Sebelum sampai "masa" Abah, dia settle kan semua urusan dia. Seolah-olah dia tau yg dia nk "pergi".


Lebih kurang 3 minggu sebelum dia "pergi", masa tu kat ICU Hosp. Sg. Buloh. Bila dah sampai masa melawat, aku dengan Mama masuk jenguk Abah. Dia hulur duit kat aku suruh bagi Mama. "Ada kertas?" Abah tanya aku. "Abah nak tulis ape?". Aku dgn Mama pelik, tiba-tiba Abah mintak kertas. Aku bagilah kertas dgn pen. Nak tulis no. PIN ATM rupanya. "Nak buat apa no. PIN ni, bah? Nak suruh masukkan duit tadi ke?,"  aku tanya Abah. "Tak. Simpan ni. Kalau ade ape-ape nanti, keluarkan semua duit dalam tu".  :'(

Lepas Abah dah xde, kerani dia pun kemas lah semua barang-barang dalam ofis Abah. Kerani Abah dah asing-asingkan semua dokumen penting. Ada satu kotak tu, penuh dgn kastemer Abah punya daftar perniagaan yg tak dituntut lagi yang Abah dah renew semua. Dan, semua Abah tulis siap-siap kalau ada yg belum dibayar - kastemer hutang lagi lah tu. Macam dia tau, bila dia dah xde, biar senang sikit waris2 dia nak uruskan. 

Tapi, sayang sangat. Takde sapa yang sambung warisan kerja Abah ni, syarikat Abah ni. Abah usahakan syarikat ni utk anak-anak. Kerja ni, syarikat ni yang sekolahkan kitorang adik beradik sampai semua dapat masuk U. Maaf Abah, kami tak dapat nak teruskan. Kami tak mampu. Legasi yg Abah bina tu, terlalu besar utk kami. Ingat lagi, Abah pernah harapkan yg aku akan teruskan kerja Abah nanti. Sebab tu dulu dia suruh aku belajar Accountancy. Tapi, anak beruah ni tak faham. Degil pun iya jugak. Sudahnya, berkuburlah ZAFNAZ ENTERPRISE mcm tu jer. Syarikat yg Abah usahakan & namakan sempena nama anak2.