Friday, April 19, 2013

Belasungkawa : 100 hari tanpa Abah (Final Part)

26/12
Abang Zul bawak Abah pegi DSH utk buat fisioterapi sebab Abah takboleh jalan since heart attack haritu. Besides, nak check jugak condition jantung Abah. Bila consult dengan doktor kat sana, doktor referred ke pakar buah pinggang. They found out that kidney Abah berfungsi dalam lingkungan 25-30%. Belum cukup teruk utk buat dialisis, so, doktor pantau semua air yg keluar dan masuk badan Abah. At some point, banyak sangat air yg masuk sampai effect kat jantung Abah. Jantung Abah xboleh nak handle.




31/12
Abah transferred to CCU. Masa tu keadaan jantung dia dah makin lemah. Malam tu Abah sesak nafas. Doktor terus transfer Abah ke CCU. Doktor dah set 2/1 utk buat angiogram utk tengok any blocking arteries.



2/1/2013
As a result, there were 3 main arteries blocking.  At the same day, doktor masukkan belon utk bukak balik saluran arteri yg tersumbat tu. Lepas siap both procedures, doktor puts Abah on sleep utk stabilkan balik jantung Abah. Abah transferred to CICU. Doktor kata, bila jantung Abah dah back to normal, baru boleh start dialisis utk pulihkan fungsi buah pinggang. Ever since that, Abah takpernah betul2 bangun.

5/1/2013
Around 9am Mama called mintak aku cepat2 pegi hospital. Abah dah kritikal! A night before, Mama tak tidur hospital. Abg Zul dgn Amin yg berjaga kat hospital sebab keadaan Abah dah membimbangkan. Diorang tidur dekat waiting lounge je. Pagi2 Abg Zul dah called Mama mintak cepat2 datang. Sampai je hospital, aku tengok semua dah nangis2 dah. Something wrong happen here! Keluar dari lif, aku nampak Amzar duduk kat resting area, baca Yasin. Mata dah merah. Masuk waiting lounge, nampak pulak Azib teresak2 sambil cuba nak baca Yasin. Abang Zul keluar dari CICU mintak aku cepat2 jumpa Abah sementara Abah masih "ada".

Heart rate Abah jatuh mendadak! It is a matter of time. Kitorang pun dah inform semua sedara2 terdekat. Adik beradik Abah pun semua datang termasik adik Abah yg duduk dekat Segamat. Semua sempat datang. We're ready for any worst case scenario. Lepas Zohor, heart rate Abah naik sikit2. Ada satu masa tu, Abah dah buka mata. Abah dah sedar, tapi, doktor masih letak Abah dalam pengawasan ketat. At late evening, Abah dah makin stabil. Kak Nik ade request dekat doktor a day before this happen, utk transfer Abah ke mana2 Govt. Hosp. yg ada semua mesin2 yg Abah perlukan. Since Abah dah stabil, doktor akan transfer Abah ke IJN on the next day.

6/1/2013
It is now safe to transferred Abah ke IJN. Around 12pm Abah sampai ke IJN from DSH, terus ke ICU. Dalam 3pm, doktor benarkan immidiate family members utk melawat Abah walaupun waktu melawat sebenarnya 4.30pm. Everyday, before pegi kerja, aku mesti datang sini tengok Abah. 1st day, Abah masih "ditidurkan" utk bagi ruang jantung die pulih macam biasa. 2nd day, masa aku datang, Abah dah sedar, dah buka mata. Dia takboleh nak bercakap sebab banyak sangat "benda" dalam mulut dia. Tapi, aku rasa lega sikit bila Abah dah buka mata. Mama pun cakap doktor ada bagitau mungkin Abah dah boleh pindah ke wad biasa esok, then, dalam seminggu dah boleh discharged. Unfortunately, that was doctor's plan and prediction. Allah has His better plan.

9/1/2013
Aku takde plan nak pegi hospital hari ni sebab tengok Abah dah makin ok, and, maybe Abah dah pindah ke wad biasa. Tiba2 dapat call dari kampung tanya keadaan Abah sebab dapat berita Abah dah kritikal. Terus call Mama. Mama suruh cepat2 datang IJN. Sampai je sana, Abg Zul dgn Kak Nik dah ada. Cepat2 salam & cium Abah. Abah memang dah tak sedar. Heart beat die dah tak stabil sejak malam tadi. Abg Zul pun tak balik dari semalam. Honestly, lepas kejadian Sabtu lepas, aku dah prepared for any possibility. Dah ada emergency bag dalam kereta, in case kena balik kampung time kerja or anything. Doktor dah bagi permission kat all families yg datang, boleh masuk walaupun bukan waktu melawat. Just bagitau guard yg jaga tu yg kitoang ni family Kamaruddin, patient katil 614 wad CCU.

Around 3.30pm, Allah sayangkan Abah more than us. Allah dah panggil Abah balik kepada Dia. Aku redha. In fact, dari aku datang, aku dah berdoa banyak2, "Ya Allah, ambillah Abah., kalau itu yg terbaik. Aku dah tak sanggup tengok Abah menanggung sakit. Aku redha, Ya Allah.". Aku betul2 redha dengan pemergian Abah. Bila nurse bagitau Abah dah "pergi", cepat2 kitorang uruskan apa yang patut. Abg Zul call kawan die mintak arrange van jenazah utk "jemput" Abah dekat IJN. Mama sedaya upaya utk called all her siblings and Abah's. Mama mintak makcik aku yg duduk serumah dengan Embah utk balik rumah aku dulu, kemas ape yg patut. Rumah tu dah 2 minggu ditinggalkan. Aku bawak Mama balik kg. Nasib baik masa tu jalan tak jammed lagi. At that point of time, aku sebenarnya macam tak percaya yg Abah dah 'pergi'. It just not the way I imagined. Entahlah.....

Today, genap 100 hari tanpa Abah. Rindu? Allah jer yang tau. Kalau duduk kat rumah, selalu terngiang2 bunyi kereta Abah balik kerja, selalu terbayang2 Abah dekat bilik dia. Tak boleh nak buang bayangan Abah kat favorite spot Abah dalam rumah tu... Always.... Throwback masa hari Abah dikebumikan.. MashaAllah! ramainya orang datang. Non-stop, for the whole day... Masa sebelum Abah dikapankan, rumah aku penuh sesak. Sampai satu tahap, aku sendiri tak tau nak pegi mana. Orang2 yang sayangkan Abah were everywhere. Malam tu jer, 3kali orang buat tahlil, and masa solat jenazah, kalau taksalah sampai 2 kali. Alhamdulillah, semuanya sempurna. Al fatihah......................








Belasungkawa : 100 hari tanpa Abah (Part 2)


Lepas operate haritu, Abah dah sihat macam biasa. Almost 2 months, Abah langsung tak sakit dah. Kesan operate haritu pun tinggal parut jer. Abah dah boleh kerja macam biasa.Tapi, kitorang tak benarkan Abah drive jauh2 dah. Pegi KL pun takboleh. Everytime sampai masa utk Abah pegi follow up kat HSB, mesti ade org hantar. Every weekend pun, aku dgn Kak Nik mesti gilir2 balik kg.


14/12/2012 - Jumaat.
Awal minggu tu bos bagitau aku ade 1 hari lagi AL yg aku belum plot. Aku dapat extra AL sebab zero MC on 2011. Aku pun amik la cuti Jumaat tu. Balik kg without telling my parents. Ala-ala nak buat surprise la konon. Aku sampai rumah dalam pukul 5.30pm mcm tu. Sampai je rumah, nampak Mama dengan Abah duduk kat luar borak2 sambil baca paper. Diorang terkejut tengok aku balik petang tu...

Mama bagitau kaki Abah bengkak. Mama mintak aku pujuk Abah pegi hospital. Bila aku tengok, kaki Abah memang bengkak, on both side. Besar sangat! Mama cakap lagi, kalau malam Abah susah nak tidur sebab sesak nafas. Dia takboleh tidur baring. Kena tidur dekat kerusi malas die. Kalau baring, susah nak nafas. Puas pujuk Abah, Abah still insisted, taknak pegi hospital. Abah dah amik ubat kat klinik, katanya. Abg Zul pun ade called, mintak aku pujuk Abah pegi hospital cz he suspected ade something wrong dengan Abah punya buah pinggang, buat kaki Abah bengkak.

15/12/2012 - Sabtu.
Rumah makcik aku kenduri haritu. So, Mama pegi la rewang. Kak Zah pun ade singgah rumah, pujuk Abah pegi hospital. Abah still taknak jugak. Tengahari, Abg Amir balik, pujuk Abah pun die xnak gi hospital gak. The whole day aku duduk rumah dengan Abah. petang tu, lepas Asar Abah keluar pegi pekan. Bila dia balik aku tanya pegi mana, dia cakap pegi klinik amik ubat. Masa tu, aku perasan nafas Abah macam da makin sesak. Tanya dia nak pegi hospital tak, dia cakap tak payah.

Sebelum Maghrib tu Mama pujuk Abah lagi. Still taknak pegi hospital. Sementara tunggu Isyak, tiba-tiba Abah cakap, "Kata nak pegi hospital, pukul berapa nak pegi?". Dengar je Abah cakap macam tu, Mama pun cakap "Lepas Isyak kita pegi". Malam tu, aku terus hantar Abah pegi HSB. Kak Nik tunggu kat sana. Masa tu Abg Zul ade camping kat Cameron. Abah terus masuk wad kecemasan. 

16/12/2012 - Ahad
Tengahari aku sampai HSB. tengok keadaan Abah makin teruk. Abah takboleh bercakap. Bernafas pun tercungap2. Doktor cakap, paru-paru berair, sebab tu Abah mengah. And ade minor heart attack. Dalam pukul 5.30pm, Abah transferred to ICU. 3 hari jugak Abah kat ICU. Masa tu doktor tak tau lagi the main problem either paru-paru or jantung. Rabu petang, keadan Abah makin kritikal tapi hari Khamis tu dah makin stabil. Then, Abah transferred to CCU.



22/12/2012 - Sabtu.
Abah masih kat CCU lagi. Tengahari tu aku dtg tengok Abah. Dia dah ok sikit tapi, still takleh jalan. Aku stay kat hospital tengahari tu sementara nak tunggu waktu melawat belah petang. Lepas Asar, aku naik la nak tengok Abah lagi. Tiba-tiba, Kak Nik cakap, Abah dah oleh discharged. Pelik! Dari CCU, dengan Abah takboleh jalan lagi, doktor dah bagi balik! Bukan ker kena masuk wad biasa dulu 2-3 hari uth doktor pantau? Yela, aku bukannye doktor nak questioned semua tu. Bila doktor kasi balik, balik jer la. 

Kak Nik dgn Abg Zul dah discussed utk hantar Abah buat fisio and follow up kat KPJ Damansara Specialist Hospital (DSH). Since 25/12 tu cuti krismas, diorang decided nak bawak Abah pegi DSH on 26/12.




to be continue...............

Belasungkawa: 100 hari tanpa Abah (Part 1)

It has been a while since my last entry, kan.. Well, banyak sangat yang dah berlaku. Its a tough start for our family for 2013. We lost our beloved Abah on 9th January 2013. Cerita tu, aku akan detailed kan lagi in this and my next entry.

Before, aku ade cerita pasal Abah (even it has been 100 days, aku tak reti sebut "Arwah Abah") admitted kat Hosp. Sg. Buloh (HSB) dalam satu entry (klik sini) ni. Well, ade kisah lain dalam 2 bulan lepas kejadian tu. 

It was happen masa Raya Haji - couldn't remembered the date, and malas nak search jugak!. Raya Haji last year falls on hari Jumaat kan. Masa tu Abah sihat lagi. Abg Amir and family memang nak buat korban. Since Raya Haji hari Jumaat and banyak tempat kat kampung ni buat korban, he decided to perform his qurban on Saturday. Pakat punya pakat ngn org kampung yg nak buat jugak on the same day, we decided nak amik turn lepas Zohor. Itu plan asalnye.

Tapi, malam sebelum tu (Jumaat malam Sabtu) Abah dah rasa macam tak sihat. Around 1am, aku perasan Abah terjaga dari tidur and rushed to toilet. Thought, takde ape2 yang serius since Abah memang selalu bagun tengah2 malam pegi toilet. Dalam pukul 6am, Mama kejutkan semua org suruh bangun cepat2, solat and terus siap2 nak buat korban pagi2 tu gak. Mama told me, Abah bleeding lagi malam tadi, Kak Nik nak hantar Abah ke HSB pagi tu and we knew that Abah will be admitted. Thats why kita kena settlekan korban tu pagi2 tu jugak.

Ingatkan Abah akan stay kat HSB utk 3-4 hari macam yg sebelum ni. Tapi kali ni lagi lama. Hari Sabtu Abah Masuk wad, hari Ahad baru aku pegi tengok Abah. Mama cakap, tak serius pun. Bleeding pun dah takde. 1-2 hari lagi boleh balik lah. Lega sikit.

Isnin sebelum pegi keje, aku pegi HSB lagi. Tengok Abah dah kena pakai pampers. Mama cakap malam tadi Abah bleeding banyak sangat. Taksempat pegi bilik air, darah dah keluar menjejeh2 kat lantai wad. Nurse pun terkejut. Terus panggil doktor yg on-call malam tu. Kali ni, baru doktor panik tengok darah keluar banyak sangat macam tu. Sebelum2 ni, doktor takpernh nampak sendiri mcm mana banyak nye darah yg keluar. Kali ni, depan mata doktor sendiri. Baru doktor panik. Mama inform doktor nak operate and buang usus yg menyebabkan pendarahan tu. So, doktor nak jumpa semua anak2 Abah esok nya (Selasa) sebelum operation.

Doktor dah scheduled operation Abah hari Selasa tu jugak tapi, operation theater xde yg available. Hospital kena utamakan utk kes2 yg kritikal dulu. At last, Abah dpt slot utk operate hari Khamis, tu pun belah petang. Dari lepas Asar klu xsalah, dlm 10pm, Abah dah selamat dibedah. I wasn't there. Cuti dah tak banyak dah masa tu..huhu... Seminggu lepas operate, Abah discharged. Dalam seminggu lepas discharged, Abah dah boleh kerja macam biasa.. Kitorang adik beradik pun dah ingat Abah will be fine after this... Never thought that the operation will have a "big" side-effect on Abah's health............



to be continued on 2nd part.............