Tuesday, January 4, 2011

Step by step..

eh...eh...dah habis kau bercerita pasal bola?? -Dah!


pasal Safee pun dah habis?? - dah.. :'((


oke, hari nie kite cerita pasal kahwin pulak.. eh?kau nak kawin kerr?? tak lah..saje jer.. entah dari mana, aku ade jumpa blog nie..blog milik adlan khalidi ade 1 entri yang sangat menarik utk aku share... its about step-by-step on normal Malay wedding customs..

maybe, lagi senang kalau diterangkan melalui infografik nie...



sila klik gambar utk view yg lebih besar.


Stage 1: Perkenalan (In a Relationship)

Merisik – wakil dari pihak lelaki (sama ada ibubapa ataupun pakcik) pergi ke rumah ibubapa perempuan untuk bertanya sama ada dia dah berpunya atau belum. Barang yang disediakan ialah cincin belah rotan dan hadiah.

Stage 2: Peminangan (Engagement)

Meminang - rombongan dari pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk meminang iaitu untuk mengikat tali pertunangan. Mereka akan membawa tepak sireh dan secara tradisi ada acara membalas pantun. Sekiranya pihak perempuan bersetuju, maka mereka akan mengambil tepak sireh dan memberi sireh junjung.
Acara berbalas dulang hantaran juga diadakan pada majlis pertunangan ini. Selepas itu ada sedikit jamuan untuk rombongan dan keluarga pihak lelaki.
Daftar Pernikahan (Registration)
Proses pendaftaran mungkin sedikit berbeza mengikut negeri. Antara dokumen yang perlu disediakan termasuklah sijil kursus pra-perkahwinan yang sah, ujian saringan HIV di klinik kerajaan, dan salinan kad pengenalan dua orang saksi.
Persediaan (Preparation)
Persediaan ini disusun mengikut keutamaan dan kepentingan (urgent and important). Kalau buat di dewan, kena tempah awal seelok-eloknya 12 bulan sebelum tarikh nikah.
Antara persediaan lain termasuklah menempah untuk katering, baju pengantin, berkat/cenderahati atau door gift, kad jemputan, jurugambar, pelamin, bilik pengantin, sistem PA, DJ, emcee, silat, kompang serta karaoke atau live band.

Stage 3: Pernikahan (Marriage)

Akad Nikah (Solemnization) – biasanya diadakan di rumah atau masjid. Pihak lelaki perlu menyediakan mas kahwin atau mahar serta cincin kahwin. Selain itu perlu menyediakan wang untuk membayar khidmat pendaftar nikah dan saksi. Selepas itu biasanya ada jamuan ringkas.
Berinai – antara adat orang Melayu dimana pengantin akan bersanding secara bersendirian untuk mengelakkan rasa gemuruh ketika bersanding berdua nanti.
Kenduri Kahwin – ataupun dikenali sebagai Walimatul Urus (dalam bahasa Arab yang bermaksud jamuan makan para pengantin). Antara adat yang terlibat ialah persandingan, menepung tawar dan makan beradap. Selain itu pengantin hendaklah memastikan perkara-perkara yang dirancang berjalan lancar.
Sambut Menantu – iaitu kenduri perkahwinan sebelah pihak lelaki. Hampir sama dengan sebelah perempuan cuma berlainan tempat.
Ziarah (Visit) - menziarahi keluarga terutama datuk, nenek, pakcik, makcik kedua-dua pihak untuk memperkenalkan pasangan.
Berbulan Madu (Honeymoon) – bercuti dan melancong berdua-duaan.


hurmm...kalau diteliti, ade yang dah tak diamalkan sekarang. aku ambil satu contoh, ziarah... kalau dulu, 2 hari lepas majlis walimah (kenduri), pengantin akan round pergi rumah saudara-mara utk kenal2kan pasangan-keluarga.. dah jarang kita jumpa kan sekarang pasangan yang buat macam nie..diorang lagi pentingkan pergi honeymoon dari ziarah saudara-mara.. adat merisik pun, dah semakin pupus.. sekarang, orang terus maminang..merisik pula, dibuat serentak dengan meminang...




sebenarnya, kita kena tau bezakan yang mana adat melayu, yang mana hukum (wajib, sunat, harus, haram) dalam Islam.. kalau adat itu melanggar hukum, jangan lah dibuat.. kadang2, adat tu simple je..tapi, nak buat grand la konon sampai jatuh hukum haram...so, pandai2 lah nilakan sendiri..

oke, sekarang dah sedia nak kahwin?? make sure follow step-by-step tau.. STRICTLY NO SHORT CUT!! :)



article: credit to adlankhalidi.com.
wedding pics: credit to mukhrizlatif.net

2 comments: