Monday, March 7, 2011

Macam pelik la....

Satu pagi di hari minggu, aku dgn Mama tengah tengok TV9 rancangan Nasi Lemak Kopi O. Dekat last segment, diorang ade jemput Hafiz AF7 sbg artis jemputan.. Sebelum diorang interview Hafiz, ade la die perform lagunye yang tengah feymes tuh, Awan Nano..pas dah habis nyanyi, AG (pengacara masa tuh) interview la Hafiz..



Tetibe, Abah lalu dekat TV.. die pun cakap,"Yang kat TV tu spe namennye ye?? Hafiz kan?". Mama pun jawab. "Eh? Abah pun tau Hafiz?" dengan nada yang terkejut sambil gelak..Abah jawab," Ala, yang menang pertandingan nyanyi2 tu kan?" Mama plak sambung, "Akademi fantasia! Sape lagi Abah tau? Mawi kenal?"...."ye kenal!" Abah jawab sambil gelak.

Kalau korang kenal my parents, mesti akan rasa pelik bila Abah boleh kenal artis. seriously, aku pun terkejut masa Abah sebut nama Hafiz tuh.. Kalau Mawi memang tak heran sangat lah Abah boleh kenal..actually, the conversation doesn't end kat situ jer. pastu diorang boleh borak plak pasal Herman Tino dalam VC Awan Nano yang berlakon jadi bapak Hafiz tuh...LOL

Mama memang tak heran la tau pasal dunia hiburan nie..yela, apa yang anak cucu dia tengok kat TV, dia join skali.. kitorang tengok AF, dia join..tengok Melodi, dia join..even kitorang tengok match bola pun dia join gak!hee~

Surat terbuka utk @NajibRazak

baca tajuk pun, korang tau apa isi entry nie kan?? tapi, surat terbuka nie bukan lah dari aku...datangnya dari seorang remaja 19tahun yang memerhati dengan tajam segala yang berlaku disekeliling beliau. persoalan aku, adakah suara remaja ini dapat didengar oleh PM kita dan adakah semua persoalan dan pandangan beliau dalam surat ini diambil kisah??

sedih!! kalau lah apa yang dinyatakan dalam surat nie langsung tak dipedulikan.. rugi! walaupun cuma 19tahun, aku sangat tabik, hormat dan kagum dengan pandangan beliau, keberanian beliau, dan perjuangan beliau yang sayangkan negara Malaysia.. seharusnya, apa yang disuarakan oleh anak muda nie, jangan lah dipandang sebagai penentang kerajaan, sebaliknya harus dipandang sebagai satu teguran yang membina dan tindakan haruslah diambil! bukan terhadap sipenulis, tetapi, tindakan selaras dengan isu yang dibangkitkan!!

aku petik beberapa isi penting dari surat terbuka tersebut (kesahihan surat tu belum dapat dipastikan!)





 sila ke LINK nie kalau nak baca keseluruhan isi kandungan surat nie..

Thursday, March 3, 2011

Kenapa nak susah-susah??

hujung bulan lepas, semua kecoh pasal nak check saman n nak bayar saman. PDRM dah bagi 50% diskaun utk saman sampai 28 Feb hari tu..tapi, dah jadi tabiat rakyat Malaysia kot. semua nak buat sampai very last minutes! sampaikan, PDRM ngn Pos Malaysia kena bukak kaunter semak n bayar saman hari Ahad, n sampai midnight pada hari Isnin!


aku pun ade saman gak.. dah bayar pun..tak banyak, RM40 lepas diskaun..kenapa lah semua orang susah2 nak pegi beratur panjang-panjang.. kan boleh settle semua saman-saman tuh kat www.myeg.com.my..main klik2 jer...kalau takde online banking account, why not check jer kat situ...nie tak, dah la kena beratur panjang-panjang. lepas tu, semua nak check dulu berapa banyak saman then baru nak bayar. kan senang kalau dah check siap2.takde la lama sangat kat kaunter tuh.terus bayar jer...


staff kat office nie pun duk sibuk cerita pasal nak bayar saman nie. ade yang cakap, tak confident dengan myeg. takut diorang tak masukkan dalam sistem bila dah bayar online.. ape susah, print out jer lah resit jadi bukti yang korang dah bayar! nie la masalahnye, bila teknologi terlalu canggih, ade pulak yang takut-takut nak guna..

tak kisah lah korang nak guna cara manual or online, tapi elak lah buat last minute. bila dah tak sempat, sibuk lah mintak PDRM lanjutkan tempoh bayar saman sebab takut nama blacklist. kalau dah tau bila bayar lambat akan kena blacklist, buat lah cepat-cepat. suka sangat last-last minute nih.

sama jugak la bila sampai musim isi borang income tax! dah hujung2 dateline baru la semua sibuk nak isi. one of services yang Abah provide ialah isi borang income tax. dah dekat dateline, Abah pun sibuk la siapkan borang2 LHDN tuh. lagi-lagi sekarang nie semua self-assesment.orang-orang kampung mana lah reti nak isi borang2 nie...that's why Abah provide this service. tapi, bila semua nak buat last minute, susah lah...

kalau semua buat awal, mungkin tak ada masalah. please lah, buang la tabiat "last minute" tuh!

Wednesday, March 2, 2011

Ketarrrrr....

Dah habis presentation utk practical! lega sket..belum boleh banyak sebab report belum siap. through the presentation just now, banyak yg nak kena tambah n betulkan..  sekurang-kurangnya, dah boleh bernafas lega sikit lah sekarang.. bak kata Miss. Supervisor td, 1st time dia jumpa company yang bila time student practical buat presentation, siap GM turun padang.. itu lah GM Karyaneka!! sangat lah rapat dengan semua staff even just practical!

kalau nak tau, kadang-kadang lepas office hour, die boleh turun kat basement join staff main ping pong..ade masa tuh, die yang ajak budak2 office main.. boleh dikatakan, semua staff Karyaneka dia tau nama, dari manager sampai la ke driver!

disebabkan GM pun ade masa presentation tadi, makin bertambah-tambah ketarrrrr lah! kalau takat dengan supervisor jer, takpe. nie siap En.GM pun ade..I'm not performing well masa present tadi.. very last minute preparation! mana tak nye, sepanjang HKK nie, hari-hari balik lambat. sepanjang masa duduk dekat booth jaga promosi jualan.. hari nie dengan esok jer ade kat office.. nasib baik la takde yang perasan yang aku nie lack of preparation! pheeewwww......

dah la, benda dah lepas malas nak cerita banyak-banyak... hmmm...

Tuesday, March 1, 2011

Terima kasih daun keladi!!!

this is very3 short update! takde story nak tulis sebenarnye, tapi nak buat entry gak..hee~



just wanna say "TERIMA KASIH DAUN KELADI" kepada cik Farzana Farzanto sebab sudi masukkan belog comel nie dalam bloglist beliau...I'm among the 10 blogs yang terpilih!!hee~

eh..eh..cik FF, bukan my blog kan yang banyak widget tuh??cz my blog sangat ringan n cepat loading!!  :P